Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD AM5

Siri AMD Ryzen 7000 Mungkin Hadir September Ini

Diterbitkan Jun 21, 2022 ยท Dikemas kini Jun 21, 2022 oleh Firdaus

AMD Ryzen 7000 telah diumumkan pada Mei lepas oleh Dr. Lisa Su dalam acara pembukaan di Computex 2022. Selain itu, cip tersebut dikatakan mempunyai prestasi clock speed pada 5GHz dan ke atas daripada pendahulunya.

Itu satu pencapaian yang memberangsangkan dek kerana cip sedia ada sukar untuk memecah 5GHz Barrier dalam clock speed tanpa melalui overclock.

Sebelum ini, kita hanya mendengar ura-ura akan kedatangan cip siri Ryzen 7000 dipasaran. Tetapi dalam acara di China, ia telah mengesahkan kedatangan AMD Ryzen 7000 dan papan induk AM5.

Siri AMD Ryzen 7000 Mungkin Hadir September Ini

Cip Ryzen 7000 mungkin akan tersedia di pasaran pada 15 September nanti. Oleh itu, kita dapat melihat kedatangan Ryzen 7000 sebulan lebih awal daripada kad grafik siri Radeon 7000.

Oleh itu, kita sedikit sebanyak telah dapat waktu kedatangan cip dan kad grafik AMD seperti di bawah:

Ryzen 7000: Berkemungkinan besar pada 15 September.

Radeon 7000: Suku terakhir tahun 2022 (hujung Oktober – pertengahan November).

Suka saya ingatkan anda bahawa cip Ryzen 7000 memerlukan soket baharu LGA1178 berasaskan platform AM5 daripada AMD. Platform baharu ini akan menyokong sambungan PCIe Gen5 dan memori RAM DDR5.

Sumber: videocardz

Baca juga:

  • Didakwa Selalu ‘Tweet’ Pasal Dogecoin, Elon Musk Disaman Lebih USD200 Bilion
  • Pertama Kali Sejak Disember 2020, Nilai Bitcoin Berada Diparas Bahaya
  • Penghormatan Terakhir, ‘Kubur’ Internet Explorer Didirikan Di Korea Selatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY