AMD RX 6600 baru sahaja melancarkan dengan harga bermula USD329 (~RM1367). Dengan harga seperti itu, semestinya ia menjadi kad grafik bajet bagi pembina komputer yang mencari GPU yang berkuasa dengan harga yang murah.
AMD menjanjikan bahawa prestasi yang dibawa oleh RX 6600 ini akan memastikan ia mampu memberikan pengalaman bermain permainan dengan kadar bingkai yang tinggi melebihi 60FPS.
Model ini mempunyai 28 Compute Unit, 8GB GDDR6, 2044MHz dan kelajuan maksimum mencapai sehingga 2491MHz.
Apabila RX 6600 dibuat perbandingan dengan NVIDIA GeForce RTX 3060, dilihat NVIDIA mempunyai prestasi yang sama atau lebih tinggi sedikit berbanding AMD, namun penggunaan kuasa bagi AMD adalah lebih baik.
Adakah anda akan membeli kad grafik ini selepas melihat spesifikasi dan harga yang ditawarkan?
Sumber : Siaran Akhbar AMD
Baca juga: