Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AMD Ryzen 7000

AMD Mungkin Akan Perkenal 4 Cip Siri Ryzen 7000 Pada September Depan

Diterbitkan Jun 22, 2022 · Dikemas kini Jun 22, 2022 oleh Firdaus

Siri AMD Ryzen 7000 “Raphael” telah pun diumumkan pada bulan Mei lepas dan berkemungkinan besar akan dilancarkan pada September nanti. Mengikut leaker Greymon55, AMD akan memperkenalkan 4 cip pemprosesan pertama dalam barisan cip 5 nm dekstop pada September kelak.

https://twitter.com/greymon55/status/1537852496080961537?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1537852496080961537%7Ctwgr%5E%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fvideocardz.com%2Fnewz%2Famd-ryzen-7000-initial-launch-lineup-to-feature-7950x-7900x-7800x-and-7600x-skus

Cip-cip tersebut mungkin terdiri daripada 7950X, 7900X, 7800X dan 7600X. Cip paling berkuasa, 7950X berkemungkinan besar mempunyai 16 teras dan 32 bebenang dan menjadi yang pertama dengan TDP 170W.

Jika kita lihat dalam senarai tersebut, kemungkinan besar Ryzen 7700X tidak akan disertakan bersama ketika pelancaran awal siri Ryzen 7000 ini. Tambahan lagi, AMD juga tidak menyertakan sekali cip Ryzen 7 5700X ketika pelancaran barisan Ryzen 5000 “Vermeer” pada November 2020 yang lalu.

Siri AMD Ryzen 7000 dengan nama kod Raphael mampu beroperasi tanpa masalah pada clock speed 5Ghz dan tidak perlu overclock. Selain itu, siri cip ini akan menggunakan platform baharu AM5 daripada AMD.

Sumber: videocardz

Baca juga:

  • Siri AMD Ryzen 7000 Mungkin Hadir September Ini
  • “Gila Kuasa”, Siri RTX 40 Dikhabarkan Hadir Dengan TDP 900W
  • Free Fire Kini Ada Logo Baharu, Akan Ada Peningkatan Grafik Julai Depan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY