Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

AMD Melancarkan 3 Kad Grafik Baharu Bagi Siri Radeon RX 6000

Posted on Mei 12, 2022Mei 12, 2022

AMD telah mengumumkan 3 kad grafik baharu bagi siri Radeon RX 6000. Ketiga-tiga model akan mempunyai ciri ‘game clock’ yang pantas, memory GDDR6 dan perisian yang lebih baik daripada model terdahulu.

Model-model yang diperkenalkan adalah Radeon RX 6750 XT, Radeon RX 6650 XT dan yang paling berkuasa Radeon RX 6950 XT.

Berikut merupakan spesifikasi rasmi akan ketiga-tiga model kad grafik AMD yang baharu ini:

Model Unit Komputer GDDR6 Game Clock (MHz) Boost Clock (MHZ) Antara Muka Memori Jalur Lebar Memory Efektif w/ AMD Infinity Cache™ TDP Harga

(USD SEP)

Radeon RX 6950 XT  80 16GB 2100s sehingga 2310 256-bit sehingga 1793GB/s 335W $1099 (Sekitar RM4,800)
Radeon RX 6750 XT  40 12GB 2495 sehingga 2600 192-bit sehingga 1326GB/s 250W $549 (Sekitar RM2,400)
Radeon RX 6650 XT  32 8GB 2410 sehingga 2635 128-bit sehingga 469GB/s 180W $399 (Sekitar RM1,750)

Selain itu, ketiga-tiga kad grafik ini juga menampilkan ciri-ciri seperti AMD Software: Adrenalin Edition, AMD FidelityFX Technology dan AMD Smart Access Memory (SAM) Technology. 

Tambahan lagi, ia juga menyokong Windows 11, Microsoft DirectX® 12 Ultimate, AMD FidelityFX™ Super Resolution (FSR) 1.0 dan FSR 2.0 yang akan dikeluarkan tidak lama lagi.

AMD menjangkakan ketiga-tiga kad grafik ini akan tersedia dipasaran bermula 10 Mei, 2022. Anda boleh mendapatkan kad-kad grafik ini melalui rakan niaga AMD seperti jenama ASRock, ASUS, BIOSTAR, Gigabyte, MSI, Sapphire dan lain-lain.

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut tentang kad-kad grafik di atas melalui pautan ini.

Sumber: Siaran Akhbar AMD

Baca juga:

  • Intel Arc A370M, Mampu Bersaing Dengan GPU Nvidia Dan AMD
  • Gigabyte Melancarkan 2 ‘Motherboard’ Kompak Baharu Untuk Intel Gen 12
  • Garmin tactix 7 Pro Dilancarkan, Bateri Boleh Tahan Sehingga 37 Hari

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress