Gigabyte mengumumkan 2 papan induk baharu (motherboard) mereka – Z690I AORUS ULTRA PLUS dan Z690I AORUS ULTRA LITE untuk versi bajet. Papan induk AORUS ULTRA PLUS ini didatangkan dengan 2 SKUs DDR4 dan DDR5, Intel® Killer Wi-Fi AX1690 Wi-Fi 6E, 2.5Gbit Ethernet dan audio yang berkualiti tinggi dengan pengiktirafan Hi-Res Audio.
Berikut merupakan ciri-ciri utama untuk papan induk AORUS ULTRA PLUS:
- Menyokong prosessor Intel 12th Gen Alder Lake
- 2 DIMMS, dwi saluran RAM DDR4
- Intel® Optane™ Memory Tersedia
- Intel 2.5G GbE LAN
- Intel® WIFI 6E 802.11ax 2T2R & BT 5 dengan antena AORUS
- Dwi Ultra-Pantas NVMe PCIe 4.0* x4 M.2 dengan Thermal Guard III
- Q-Flash Plus Kemas Kini BIOS tanpa Memasang CPU, Memori dan Kad Grafik
- USB 3.2 Gen 2×2 dan 3.2 Gen 2
Untuk memberi pengguna keseimbangan dalam bajet dan kepenggunaan antara AORUS ULTRA PLUS dan ULTRA LITE, Gigabyte mengeluarkan papan induk AORUS ULTRA LITE dengan sokongan PCIe 3.0 dan Wi-Fi 6.
Tambahan lagi, model papan induk bajet ini juga menyokong DDR5 dan DDR4 yang sesuai bagi pengguna untuk binaan sistem PC bersaiz kompak.
Buat masa ini, Gigabyte tidak memberi sebarang makluman rasmi akan harga dan ketersediaan 2 model papan induk ini dipasaran tempatan. Akan tetapi, kami menjangkakan ia akan masuk ke pasaran tempatan paling awal dalam bulan Mei ini.
Anda boleh melihat spesifkasi penuh bagi papan induk AORUS ULTRA PLUS melalui pautan ini.
Sumber: Siaran Akhbar Gigabyte
Baca juga: