Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Garmin tactix 7 Pro Dilancarkan, Bateri Boleh Tahan Sehingga 37 Hari

Garmin tactix 7 Pro Dilancarkan, Bateri Boleh Tahan Sehingga 37 Hari

Diterbitkan Mei 11, 2022 oleh Nadiah Ab

Garmin Malaysia hari ini melancarkan Garmin tactix 7 Pro, jam tangan pintar premium yang hadir dengan antaramuka 5 butang bersalut logam.

Selain skrin sentuh yang responsif, ia juga didatangkan dengan paparan reflektif NVG baharu dan lampu suluh multi-LED.

garmin tactix 7 pro
Garmin tactix 7 Pro Dilancarkan, Bateri Boleh Tahan Sehingga 37 Hari

Jam terbaru dari Garmin ini menampilkan paparan 1.4″ yang besar dengan kanta nilam (sapphire) kalis calar, memastikan paparan kekal beroperasi dalam persekitaran yang lasak.

Apa yang menarik, jam tangan ini menawarkan sehingga empat minggu jangka hayat bateri dalam mod jam pintar dan melalui teknologi solar, jangka hanyat bateri dalam mod yang sama boleh bertahan sehingga 37 hari.

garmin tactix 7 pro
Garmin tactix 7 Pro Dilancarkan, Bateri Boleh Tahan Sehingga 37 Hari

Garmin tactix 7 Pro dijual pada harga RM6,350 dan boleh didapatkan di kedai rasmi Garmin, Lazada, Shopee, AECO, dan peruncit Garmin.

Untuk dapatkannya, anda boleh klik pautan di bawah:

  • Lazada – https://invol.co/claqppa
  • Shopee – https://invol.co/claqppl

Sumber: Siaran akhbar Garmin Malaysia

Baca juga:

  • Setel Kini Tersedia Pada Apple Watch, Isi Minyak Terus Dari Jam
  • Mungkin Ini Rupa Sebenar Jam Tangan Pintar Pertama Google
  • Garmin Malaysia Lancar Siri Instinct 2, Bateri Tahan Hingga Sebulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY