Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Featured Image – Wiser Article – 2024-05-15T150105.203

AMD Lancar Cip Siri 8000F, 8 Teras Dengan Kelajuan Sehingga 5GHz

Diterbitkan Mei 15, 2024 oleh Muhd Idham

Baru-baru ini, AMD telah melancarkan cip terbaru, AMD Ryzen 8000 siri F  yang terdiri daripada dua model iaitu AMD Ryzen 7 8700F and AMD Ryzen 5 8400F.

Screenshot 2024-05-15 143049

Cip pemprosesan siri ini telah dioptimumkan prestasinya menggunakan teknologi seni bina Zen 4 untuk berfungsi sehingga tahap yang overclocked dengan penggunaan kuasa yang sedikit.

Untuk AMD Ryzen 7 8700F, ia hadir dengan 8 teras 16 jalur serta kelajuan pemprosesan maksimum 5.0GHz dan kapasiti cache 24MB.

Manakala, AMD Ryzen 5 8400F pula hadir dengan 6 teras 12 jalur dan kelajuan maksimum 4.7GHz serta kapasiti cache 22MB.

Kedua-dua cip ini juga mampu menyokong tahap kepanasan sehingga 65W TDP.

Screenshot 2024-05-15 143751
Screenshot 2024-05-15 143818

Berdasarkan graf bar daripada AMD sendiri, penggunaan siri cip ini boleh mewujudkan pengalaman bermain permainan AAA pada resolusi 1080p yang lancar dengan perbelanjaan duit yang sedikit.

Di bawah adalah harga global untuk kedua-dua cip ini.

  • AMD Ryzen 7 8700F = USD269 (~RM1,260.76)
  • AMD Ryzen 5 8400F = USD169 (~RM792.08)

Berkaitan

  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • SteelSeries Lancar Arctis Nova 5, Lebih 100 Pilihan Praset Audio Tersedia
  • Xiaomi Pad 6s Pro 12.4 Inci Dijual Pada Harga Permulaan RM2,799
  • Bank Tak Akan Minta Tiga Maklumat Peribadi Ini Daripada Anda

Sumber: Siaran Media AMD

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY