Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amazon Alexa Akhirnya Temui Batu Nisan Selepas 25 Tahun

Amazon Alexa Akhirnya Temui Batu Nisan Selepas 25 Tahun

Diterbitkan Disember 10, 2021 oleh Meor Hasyim

Tak, bukan Alexa pembantu maya tu.

Ini cerita tentang Alexa Internet, sebuah servis analisis trafik web yang dimiliki oleh Amazon.

Alexa pada mulanya diasaskan pada tahun 1996 dan dibeli oleh syarikat Amazon pada tahun 1999.  Pada tahun 2014, Amazon juga menggunakan nama Alexa yang sama untuk pembantu maya mereka.

Alexa sangat terkenal dengan Alexa Rank, iaitu ranking laman web paling popular di seluruh dunia. Sering juga digunakan sebagai ukur aras populariti laman web media-media tempatan.

Akhirnya selepas 25 tahun, Amazon bakal menghentikan servis Alexa. Melalui kenyataan rasmi, Alexa mengatakan mereka sudah berhenti menawarkan langganan baharu servis mereka bermula 8 Disember 2021 dan bakal menutup laman web pada 1 Mei 2022.

“25 tahun lalu, Alexa Internet diasaskan. Selepas 2 dekad membantu anda mencari, mencapai dan menganalisis audiens digital, kami terpaksa membuat keputusan sukar untuk menghentikan Alexa.com pada 1 Mei 2022.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami untuk kajian kandungan, analisis pesaing, kajian kata kunci, dan banyak lagi” Alexa.com.

Sumber: Alexa

Baca juga:

  • 5 Fakta Menarik Sejarah Teknologi Yang Mungkin Anda Tak Tahu
  • Jeff Bezos Letak Jawatan Hujung Tahun Ini – Amazon Akan Terima CEO Baharu
  • Fakta Menarik Papan Kekunci Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY