Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
google photos_

Cara Mudah Urus Dan Jimatkan Storan Google Photos

Diterbitkan November 17, 2025 · Dikemas kini November 17, 2025 oleh ariff bukhari

Jika anda selalu berdepan isu storan dalam Google Photos yang tidak mencukupi akibat gambar dan video yang sama (duplikasi), Google Photos kini mempunyai ciri baharu yang boleh mengumpulkan foto serupa dalam satu “stack” (susunan teratur).

Ciri baharu itu adalah Stack similar photos yang sudah pun mula ditawarkan kepada semua pengguna global.

WhatsApp Image 2025-11-17 at 11.02.53
Ciri baru ini hanya ada ditawarkan dalam aplikasi Google Photos sahaja.

Dengan mengaktifkan ciri ini, anda boleh memilih foto terbaik dan memadam foto yang diduplikasi selebihnya, atau menggunakan pilihan AI untuk memilih secara automatik dengan satu sentuhan sahaja.

Ini menjadikan galeri lebih teratur dan membantu menjimatkan ruang storan telefon.

Untuk mengaktifkan ciri ini, anda buka aplikasi Google Photos dan pilih Photos settings.

WhatsApp Image 2025-11-17 at 11.00.09
Klik pada ikon akaun Google anda di dalam aplikasi Google Photos dan pilih Photos settings.

Jadi, dengan ciri ini, ia bukan sahaja menjadikan galeri foto kelihatan lebih menarik, tetapi juga akan menjimatkan masa anda daripada menatal banyak foto yang berulang,  sekali gus memudahkan anda memilih foto/video yang mahu dibuang dari storan Google Photos.

WhatsApp Image 2025-11-17 at 11.23.16

Berkaitan

  • Nak Rumah Selamat, Privasi Terjaga 24/7? Unifi Ada Penyelesaian Pintar
  • Ramai Tak Sedar Betapa Pentingnya Fungsi Lubang Halus Ini Di Telefon Pintar
  • HTX Studio Dedah Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY