Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pengecasan pantas bahaya

HTX Studio Dedah Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri

Diterbitkan November 14, 2025 · Dikemas kini November 14, 2025 oleh ariff bukhari

Anda masih tertanya-tanya adakah pengecasan pantas merosakkan bateri peranti pintar anda?

HTX Studio, YouTuber yang berpangkalan di China memfokuskan kandungan dalam kejuruteraan dan teknologi dan membangunkan projek inovatif mungkin akhirnya dapat menjawab persoalan tersebut.

Ia selepas HTX Studio menjalankan ujian selama dua tahun melibatkan telefon Android dan iPhone, khusus untuk menjawab persoalan popular pengguna, adakah pengecasan pantas mempercepatkan kehausan bateri?

Akhirnya selepas 2 tahun, HTX Studio mendedahkan penemuan mereka.

Hasilnya mengejutkan, perbezaan kehausan bateri antara peranti yang dicas menggunakan pengecasan pantas dan perlahan didapati sangat kecil.

Menurut HTX Studio, selepas 500 kitaran, iPhone yang dicas perlahan hanya kehilangan 11.8% kapasiti bateri, manakala iPhone yang dicas dengan pengecasan pantas pula hanya hilang 12.3% sahaja.

HTX Studio Dedah Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri
Untuk ujian ini mereka menggunakan model iPhone 12 bersama pengecas pantas IQOO 7 120W.

Untuk telefon pintar Android, mereka mendapati peranti yang dicas dengan pengecasan pantas menunjukkan kehausan yang lebih rendah sedikit berbanding pengecasan perlahan selepas hanya merekodkan kehausan bateri sebanyak 8.5%.

HTX Studio Dedah Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri
Kesihatan bateri telefon Android yang dicas perlahan menurun sebanyak 8.8% selepas 500 kitaran pengecasan.

Selain itu, mereka turut menguji mitos menyimpan peranti untuk tempoh yang lama dengan bateri dicas 100%, kapasiti tersebut akan berkurangan seperti kenyataan Apple,

“jika anda menyimpannya dalam keadaan dicas sepenuhnya untuk tempoh yang panjang, bateri mungkin kehilangan sebahagian kapasiti”.

Hasilnya, ujian ke atas 6 model iPhone 12s mendapati, kapasiti bateri iPhone tersebut tidak hilang sama sekali selepas seminggu dimatikan.

HTX Studio Dedah Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri
Untuk ujian ini, HTX Studio mengambil enam iPhone 12s, mengukur kapasiti mereka, dan membahagikannya kepada tiga kumpulan: satu dibiarkan pada 1%, satu pada 50%, dan satu lagi pada 100% sambil dicas. Kemudian mereka peranti dimatikan dan membiarkannya selama seminggu.

HTX Studio juga mengesyorkan pengguna untuk menukarkan bateri peranti selepas kesihatan bateri menurun kepada 80%.

Walaupun dalam ujian mereka mendapati tiada kesan ketara terhadap prestasi peranti, sebelum dan selepas bateri peranti ditukar, tetapi telefon dengan bateri yang berusia mula melambat (throttle) lebih awal apabila kuasa bateri semakin berkurangan.

Sebagai contoh, iPhone dengan kesihatan bateri 85% mula melambat pada 11% kapasiti bateri, tapi dengan bateri baru, ia tidak melambat sehinggalah bateri mencecah 5%.

Jadi, apabila anda sedang dalam permainan, bateri baru membolehkan anda bermain sedikit lebih lama sebelum berlaku lag.

HTX Studio Dedah Kesan Pengecasan Pantas Ke Atas Bateri
Ujian mereka turut membuktikan bahawa mengecas bateri peranti antara 30% hingga 80% kapasiti, ia boleh membantu dalam menjaga kesihatan bateri, tetapi kesannya adalah tidak besar.

Akhir sekali, HTX Studio menyimpulkan, penuaan bateri adalah satu proses jangka panjang. Cara terbaik untuk mengecas telefon adalah mengikut cara yang anda suka.

“Jangan terlalu memikirkannya. Jangan tukar tenaga mental untuk sedikit hayat bateri”.

Saya juga bersetuju dengan HTX Studio, kita sebagai pengguna dan manusia biasa, tidak perlu kusutkan kepala memikirkan hayat serta kesihatan bateri. Lebih baik fikirkan kesihatan sendiri. Ini lebih berbaloi dan berharga.

Berkaitan

  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • Ramai Tak Sedar Betapa Pentingnya Fungsi Lubang Halus Ini Di Telefon Pintar
  • Bentuk Supernova 22 Juta Tahun Cahaya Dari Bumi Didedahkan Buat Pertama Kali

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Permainan Mudah Alih Rasmi Naruto Akan Dilancar Secara Global Di Platform iOS Dan Android
  • GTA 6 Dilapor Akan Tiba Ke Platform PC Seawal 2027
  • Google Akhirnya Buka Akses Model AI Tercanggih, Tapi Hanya Kepada 200 Penyelidik Di Eropah
  • Razer Lancar 3 Set Fon Kepala Baharu Tema Pokemon Berharga RM509
  • Gemini 4 Argon Kini Tersedia Dalam Aplikasi Gemini
  • Google Kini Gabungkan Antigravity Dalam Aplikasi Gemini Untuk Mac
  • Getty Images Failkan Pelan Bankrap, Akan Menjadi Syarikat Swasta
  • Tandas Pintar 'BMW-i' Pertama Malaysia Diperkenalkan Di Putrajaya - Bakal Diperluas Ke Ibu Negeri Lain
©2026 WISER.MY