Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Diskaun 80% Untuk Saman JPJ & PDRM Sehingga 12 Disember Ini

Diskaun 80% Untuk Saman JPJ & PDRM Sehingga 12 Disember Ini

Diterbitkan Disember 10, 2021 oleh Meor Hasyim

Banyak saman JPJ dan PDRM yang tertunggak?

Sempena 100 Aspirasi Keluarga Malaysia, anda boleh membayar saman tersebut dengan diskaun sehingga 80% yang juga berlangsung dari 9 hingga 12 Disember 2021.

Jika melihat Instagram PDRM Malaysia, untuk diskaun 80% itu, ia hanya diberikan kepada saman dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur & Putrajaya sahaja.

Manakala untuk saman selain kawasan itu, diskaun sebanyak 70% akan diberikan. Pun banyak juga.

Untuk jenis saman yang layak mendapat diskaun, kesemuanya layak kecuali:

  • Saman Kemalangan Tahun 2021
  • Saman Berstatus Tidak Boleh Dikompaun
  • Saman Berstatus Bicara Mahkamah
  • Saman Berkait Kenderaan M/Lori
  • Saman Kesalahan Potong Secara Berbahaya/Potong ‘Q’ Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Menggunakan Lorong Kecemasan Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Melanggan Lampu Isyarat Merah Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Potong Garisan Berkembar Tahun 2021
  • Saman Kesalahan Pengubahsuaian Ekzos Kenderaan

Pembayaran boleh dibuat melalui laman rasmi JPJ, aplikasi/portal MyBayar Saman, dan juga secara fizikal; kaunter khas Pusat Konvensyen Kuala Lumpur tersebut sempena sambutan berlangsung.

Tinjauan mendapati pembayaran atas talian menyaksikan kedua-dua portal JPJ dan MyBayar Saman sesak dan sukar untuk diakses.

Sehubungan dengan itu, pilihan yang ada sudah tentu membayarnya secara fizikal, itupun jika anda sanggup untuk beratur panjang.

Nak diskaun punya pasal, takkan tak sanggup ye tak?

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia

Baca juga:

  • PDRM Umum Portal Dan Aplikasi MyBayar Saman, Ini Cara Guna
  • Waspada Panggilan Dari “Jabatan Kerajaan”
  • JPJ Luluskan Percubaan Sistem e-Testing, Salah Satu Usaha Banteras ‘Lesen Terbang’

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
  • Google Perkenal Gemini 4 Hydrogen, Model AI Lebih Pantas Kini Tersedia Di Aplikasi Gemini
  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
©2026 WISER.MY