Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ACER E-BIKE

Acer Lancar e-Basikal Pintar, Dipacu Teknologi AI

Diterbitkan Mac 21, 2023 oleh ariff bukhari

Jika sebelum ini Acer hanya dikenali sebagai pengeluar komputer dan aksesori perkakasan komputer, kini syarikat itu meluaskan rangkaian produk mereka dengan turut sama dalam pembangunan basikal elektronik.

Basikal elektronik Acer itu yang dinamakan sebagai Acer ebii, dipacu menerusi motor tunggal yang dikuasakan oleh teknologi kecerdasan buatan (AI), ebiiAssist.

ebiiAssist secara automatik menyesuaikan tunggangan dengan keadaan laluan, kuasa mengayuh dan pilihan penunggang untuk perjalanan yang lebih lancar.

Ia dilengkapio dengan baterinya yang tahan lebih lama, ciri keselamatan pintar, dan reka bentuk ringan minimalis yang moden bagi membolehkan pengguna navigasi jalan-jalan bandar dengan gaya dan keselesaan dengan mudah.

ACER ebii

Acer menyatakan, EBII dilengkapi dengan bateri tahan lama yang boleh ditanggalkan dengan keupayaan beroperasi sehingga sejauh 110 km.

Mengecas penuh baterinya pula sehingga 100% kapasiti hanya mengambil  masa sekitar 2.5 jam sahaja.

Pengagihan kuasa bateri dioptimumkan oleh AI yang membantu memanjangkan hayat bateri untuk menyokong perjalanan jauh.

ACER ebii 2

Hanya seberat 16kg, bingkai aloi aluminium yang kukuh dan padat ebii dioptimumkan untuk pengalaman menunggang yang stabil dan lincah.

Dilengkapi motor berkuasa 250/350 W yang sangat cekap dengan 48 V CAN dan prestasi tork 40 Nm, sekaligus ia boleh ditunggang pada kelajuan maskimum 25 kilometer sejam.

Acer tidak menyatakan harga dan ketersedian e-basikal mereka ini di pasaran buat masa ini.

Berkaitan

  • Skuter Elektrik Siri R Blueshark Kini Di Malaysia, Sekali Cas Penuh Boleh 'Ride' 110km
  • Jaringan Fiber Optik Di Sarawak Kini Lengkap Sepenuhnya - KKD
  • Bermula September, 5 Lebuh Raya Terima Kad Debit/Kredit Untuk Pembayaran

Sumber: Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY