Teks yang menyusul selepas itu pula berbunyi "This gives you a little #OttomanSlap", secara terus membuat rujukan tentang 16 April dimana Turki akan mengadakan pungutan suara bagi menggubal perlembagaan bertujuan memberi kuasa kepada presiden Turki sekarang mengekalkan jawatanya sehingga tahun 2029. Tweet tersebut juga mempunyai link kepada video pro-Erdogan(Presiden Turki sekarang) di applikasi youtube. Beberapa akaun juga diubah latar belakangnya kepada bendera Turki.
Insiden ini telah menaikkan ketegangan antara Turki dengan Belanda setelah kerajaan Belanda menghalang dua menteri Turki bagi melakukan ucapan di hadapan warganegara Turki yang berada di Belanda. Presiden Turki bertindak balas dengan menuduh kerajaan Belanda bertindak seperti Nazi. Turki memutuskan hubungan diplomatik dengan Belanda pada hari selasa. Erdogan juga menuduh Jerman bertindak seperti Nazi selepas kerajaan Jerman melarang sebarang bentuk perhimpunan menjelang referendum Turki.
Sehingga kini tidak ada angka rasmi mengenai berapa banyak akaun yang terjejas tetapi beberapa akaun rasmi seperti Amnesty International, Duke University, Reuters Japan, dan BBC Amerika Utara antara akaun yang terjejas.
Sumber
Berkaitan
- Twitter Berkata Yang Ia Mahu Pemimpin Dunia Menggunakan Aplikasi Itu Seperti Trump
- Pengguna Twitter Boleh Buat Duit Menerusi Ciri Baru Tip Jar
- MCMC Akan Memantau Aktiviti Bot Di Dalam Twitter Semasa Tempoh Pilihanraya
- Twitter Mengeluarkan Alat Menyekat Untuk Pengguna
- Bagaimana Untuk Melindungi Akaun Twitter Anda Terhadap Aplikasi Godam
- Musk vs Zuck : Gergasi Teknologi Bertembung Di Twitter Dalam Pertarungan AI
- Twitter Menjual Data Akses Mereka Kepada Cambridge Analytica
- Twitter Mengeluarkan Servis 'Lite' Untuk Sambungan Yang Perlahan
- Tiada Lagi Fleets Atau "Stories" Di Twitter Bermula 3 Ogos
- Astro Dan Twitter Bekerjasama Sempena EURO dan Olimpik 2020