Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Twitter Mengeluarkan Servis ‘Lite’ Untuk Sambungan Yang Perlahan

Twitter Mengeluarkan Servis ‘Lite’ Untuk Sambungan Yang Perlahan

Diterbitkan April 7, 2017 oleh Wiser MY

Twitter telah mengeluarkan versi baru yang lebih ringan yang mensasarkan pasaran yang masih menggunakan sambungan 2G yang lebih perlahan.

Twitter Lite, mengikut syarikat itu akan menggunakan data yang lebih sedikit dan lebih pantas sebanyak 30% dari versi penuh.

Versi itu akan hadir untuk global tetapi tumpuannya adalah untuk India, Afrika dan sebahagian Amerika Latin.

Twitter Lite juga akan menawarkan mod penjimatan data yang membenarkan pengguna untuk melihat ‘preview’ video dan gambar sebelum dimuatkan sepenuhnya.

Dengan cara itu, dapat mengurangkan penggunaan data sebanyak 70%.

Untuk pengguna Android, Twitter Lite juga menyokong fungsi ‘offline’ supaya aktiviti anda tidak terganggu jika sambungan terputus.

Menurut kumpulan operator telefon bimbit global, GSMA, terdapat lebih 3.8 bilion sambungan telefon pintar seluruh dunia pada akhir tahun 2016.

Daripada jumlah tersebut, 45% menggunakan sambungan 2G.

Twitter dilihat mengikut trend syarikat teknologi lain yang menawarkan versi ‘lite’ untuk servis mereka.

Facebook menawarkan versi ‘lite’ untuk aplikasi Facebook dan Messenger.

Microsoft juga menawarkan versi ‘lite’ Skype untuk pengguna di India.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY