Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nft kuala lumpur

Akan Diadakan Festival NFT Pertama Di Kuala Lumpur Bulan Jun Ini

Diterbitkan April 5, 2022 oleh Nadiah Ab

NFT semakin hari semakin menarik perhatian ramai. Lebih menarik lagi, para peminat NFT boleh hadirkan diri ke acara NFT, yang dinamakan M1NTED pada 4 dan 5 Jun ini di Pusat Seni Persembahan Kuala Lumpur (KLPac).

M1NTED yang dianjurkan oleh inkubator perniagaan kreatif yang berpangkalan di Asia Tenggara, merangkumi dua segmen: konvensyen dan ruang festival.

Seperti yang ramai tahu, NFT (Non-fungible token) adalah token tidak mudah alih yang dibuat melalui teknologi rantaian blok.

Berasal dari objek digital — gambar, filem, muzik, teks — yang ditukar menjadi NFT, ia tidak boleh diganti dengan unit pendua yang lain.

Biasanya NFT dibina menggunakan jenis pengaturcaraan yang sama seperti wang kripto, seperti Ethereum.

👀 pic.twitter.com/M9e18CGrGK

— M1NTED (@M1ntedAsia) March 17, 2022

Melalui acara dua hari ini, M1NTED berhasrat untuk mendidik orang ramai dengan membantu mereka memahami NFT dengan lebih baik lagi.

Untuk maklumat lanjut berkenaan acara NFT pertama di Kuala Lumpur ini, anda boleh layari laman web M1NTED.

Sumber: M1NTED

Baca juga:

  • 5 Sebab Telefon Ini Paling Berbaloi Untuk Dimiliki
  • Bukan Nak Minta Kerja Je Kena Ada Kabel, Nak Internet Laju Pun Kabel Kena Besar
  • Guna Tips Ini, Auto ‘Chicken Dinner’ PUBG Mobile

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
©2026 WISER.MY