Dalam acara yang sama, Ketua Pegawai Komersial AirAsia BIG Loyalty, Victor Kaw telah mengumumkan satu promosi istimewa bersama Huawei.
Mengumumkan promosi itu, Victor menyatakan 1000 ahli AirAsia BIG terawal yang membeli Huawei Nova 3 warna merah dari Huawei Online Store akan menerima kupon bernilai RM500 disamping 500 mata ganjaran AirAsia BIG.
Untuk melayakkan anda menikmati promosi ini, anda perlulah mendaftar di Huawei Store Online terlebih dahulu.
Selain itu, anda juga mestilah salah seorang ahli AirAsia BIG dan telah menggunakan penerbangan bersama AirAsia sekurang-kurangnya sekali.
Nova 3 merupakan peranti yang dilengkapi dengan dwi kamera didepan dan belakang dengan sokongan AI. Menampilkan skrin bersaiz 6.3 inci dengan cip pemprosesan Kirin 970, Huawei Nova 3 dijual pada harga RM 1899.
Berkaitan
- Pendaftaran PUBG Mobile National Championship 2019 Bakal Diadakan 13 April Ini
- realme Book Akan Mula Dijual Di Malaysia Dengan Harga RM2499 Pada 27 Ogos Depan
- Samsung Malaysia Terbangkan Galaxy S10 Ke Ruang Angkasa
- Dua Ciri Huawei P30 Pro Akan Dibawa Kepada Model-Model Yang Lain
- Huawei Nova 2S Sudah Diperkenalkan, Bawa Rekaan Dwi Kamera Selfie
- Mi 9 Sudah Rasmi - Membawakan 3 Kamera Dan Sokongan Pengecasan Tanpa Wayar 20W
- realme Beri Diskaun Sehingga RM300 Untuk Peranti Terpilih, Promosi Hari Ini Sahaja
- Vivo NEX 3 5G Diperkenalkan Dengan Paparan "Waterfall Screen FullView"
- China Beri Peringatan Kepada Perancis Berkenaan Pengecualian Huawei Dari Pembangunan 5G
- Teknologi Telekomunikasi Generasi Terkini Di Malaysia Bakal Dapat Pelaburan Besar