Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Bantu Kumpulan The Beatles Rangkul Anugerah Grammy

AI Bantu Kumpulan The Beatles Rangkul Anugerah Grammy

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh ariff bukhari

Kumpulan legenda, The Beatles memenangi anugerah Grammy kelapannya hasil bantuan kecerdasan buatan (AI).

Menerusi lagu Now and Then, yang dikeluarkan pada November 2023 dulu, ia sekali gus mencipta sejarah sebagai lagu pertama dengan bantuan AI yang memenangi Grammy, merangkul kategori Best Rock Performance, mengalahkan Pearl Jam, St. Vincent, The Black Keys, dan Idles.

Lagu ini menampilkan rakaman lama John Lennon yang dinyanyikan dan dimainkan beliau di piano, yang dikongsi oleh Yoko Ono selepas kematiannya.

Menggunakan perisian pembelajaran mesin, jurutera berjaya mengasingkan suara Lennon daripada trek piano.

Paul McCartney, Ringo Starr, dan mendiang George Harrison kemudian menambah bahagian mereka untuk menghasilkan lagu baharu yang menampilkan kesemua ahli The Beatles.

Walaupun AI digunakan dalam proses pembersihan audio, McCartney menegaskan bahawa tiada elemen buatan atau sintetik dicipta.

Kemenangan ini berlaku ketika industri muzik masih bergelut dengan peranan AI dalam kreativiti dan keaslian muzik, tetapi juga membuktikan bagaimana teknologi boleh digunakan untuk memperingati legasi artis sambil memacu inovasi.

Filem pendek berdurasi 12 minit tentang pembikinan Now and Then mengikuti McCartney, Starr dan Harrison pada tahun 1994 ketika mereka bersatu semula untuk bekerja menghasilkan trek itu.

Tetapi selepas kematian Harrison pada tahun 2001, lagu itu sebahagian besarnya tidak disentuh sehinggalah 2022.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • KTM Komuter Lembah Klang Percuma Pada 10 Dan 11 Februari 2025
  • Ini Respons Apple Berkaitan Ketersediaan Aplikasi Porno Pertama Di iPhone Pasaran Eropah

Sumber: verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY