Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
aeon didenda bnm

AEON Credit Didenda RM520,000 Oleh Bank Negara Malaysia

Diterbitkan Jun 24, 2026 · Dikemas kini Jun 24, 2026 oleh Aminuddin Ahmad

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengenakan Penalti Monetari Pentadbiran (Administrative Monetary Penalty, AMP) sebanyak RM520,000 terhadap AEON Credit Service (M) Berhad pada 6 April 2026.

Ini selepas BNM mendapati berlaku kegagalan pematuhan terhadap keperluan sekatan kewangan bersasar, termasuk kes melibatkan pelanggan yang sepatutnya disekat tetapi tidak ditolak atau dibekukan mengikut prosedur ditetapkan.

aeon bank

Kenapa AEON Credit Didenda?

AEON Credit, sebagai institusi pelapor (reporting institution), diwajibkan membuat semakan pelanggan bagi mengelakkan penyalahgunaan sistem kewangan untuk aktiviti pembiayaan keganasan, dengan merujuk kepada senarai sekatan.

bank negara malaysia bnm 2

Senarai sekatan ini merujuk kepada individu atau entiti yang ditentukan di bawah Senarai Domestik serta Senarai Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR).

Apa Yang Berlaku

Pelanggan yang disenarai berjaya didaftarkan

  • BNM mendapati satu entiti yang berada dalam senarai sekatan telah berjaya didaftarkan sebagai pelanggan AEON Credit.

Gagal menghalang pendaftaran pelanggan tersebut

  • AEON Credit tidak menolak pelanggan itu walaupun sistem menunjukkan padanan positif dengan entiti yang disenarai.

Lewat membekukan akaun

  • Selepas pelanggan tersebut dikenal pasti sebagai entiti yang disekat, AEON Credit mengambil masa untuk membekukan akaun berkenaan.

Isu ini dikesan berpunca daripada tahap pengawasan kakitangan yang rendah serta kelemahan dalam Prosedur Operasi Standard (SOP) syarikat, menurut BNM.

BNM mengesan ketidakpatuhan ini susulan pemeriksaan penyeliaan di premis, yang mendedahkan bahawa satu entiti yang ditentukan yang tersenarai dalam Senarai Domestik telah didaftarkan sebagai pelanggan. AEON Credit gagal menolak padanan berpotensi tersebut meskipun padanannya positif. Selain itu, terdapat juga kelewatan dalam membekukan akaun pelanggan selepas pengesahan bahawa pelanggan tersebut adalah satu entiti yang ditentukan. Ketidakpatuhan ini berlaku disebabkan oleh tahap pengawasan kakitangan yang rendah serta kelemahan dalam prosedur operasi standard (standard operating procedure, SOP) AEON Credit. – BNM

Tindakan Susulan

Dalam kenyataan sama, BNM memaklumkan bahawa AEON Credit telah pun menjelaskan bayaran penalti tersebut sepenuhnya pada 16 April 2026.

Syarikat tersebut juga telah pun mengambil langkah pemulihan dengan menambah baik SOP sedia ada dan memberikan latihan intensif kepada kakitangan yang berkaitan. Langkah ini bagi memastikan pematuhan penuh terhadap keperluan TFS dapat dikekalkan pada masa hadapan.

BNM turut mengingatkan semua institusi pelapor untuk sentiasa mematuhi undang-undang bagi melindungi integriti sistem kewangan negara.

Berkaitan

  • AEON Jepun Guna AI Untuk Pantau Senyuman Staf
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TM Berpotensi Raih Nilai Lebih Besar Jika Bergabung Dengan Astro - Penganalisis

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY