Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
PHOTOSHOP CAMERA

Adobe Perkenal Photoshop Camera Secara Percuma, Hadir Dengan Filter Billie Eilish

Diterbitkan Jun 12, 2020 oleh Amalina Athman

Adobe kini telah memperkenalkan aplikasi Photoshop Camera. Adobe yang dikenali dengan menawarkan beberapa perkhidmatannya secara langganan telah melancarkan aplikasi ini secara percuma di Google Play dan App Store.

Photoshop camera

Terdapat pelbagai filter dan kesan kamera (camera effect) dengan fungsi AI yang boleh mengubah latar belakang dengan menggunakan aplikasi ini. Selain diambil secara terus dari kamera, suntingan gambar juga boleh dilakukan pada gambar sedia ada.

https://www.youtube.com/watch?v=TrUPqyylDgs

Melalui aplikasi ini, terdapat beberapa suntingan yang boleh mengawal kecerahan, kepekatan gambar dan sebagainya. Bagaimanapun, tiada fungsi rakaman video yang disertakan pada aplikasi ini.

Photoshop camera

Dalam pada itu, Adobe turut berhasrat untuk menambahkan lebih banyak filter dari masa ke masa dan akan bekerjasama dengan artis dan pencipta tertentu. Ketika ini, Adobe telah berkolaborasi dengan penyanyi terkenal Billie Eilish. Jika menggunakan filter Billie Eilish tersebut, terdapat latar belakang langit biru yang dihujani dengan logo Blohsh.

Walaupun filter yang ada pada Photoshop Camera ini adalah menarik, Adobe mungkin perlu bersaing dengan Instagram dan Snapchat yang mempunyai pelbagai filter lebih menarik.

Sumber: The Verge

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY