Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Adobe Kini Tawar Photoshop Versi Pelayar Web

Adobe Kini Tawar Photoshop Versi Pelayar Web

Diterbitkan Oktober 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Adobe terkenal dengan perisian-perisian profesional seperti menyunting gambar, video, reka bentuk dan lain-lain. Namun, pengguna perlu memasang aplikasi di komputer bagi menggunakannya.

Oleh itu, Adobe kini mengumumkan sokongan Photoshop (beta) versi pelayar web Chrome dan Edge. Melaluinya, versi tersebut lebih kurang ‘lite version’ Photoshop versi desktop. Fungsinya terhad dan tidak sehebat Photoshop sedia ada.

Adobe Kini Tawar Photoshop Versi Pelayar Web

Namun, ia sudah cukup dan memadai bagi pengguna yang mahu membuat suntingan ringkas serta cepat. Menurut Adobe, Photoshop web ini memfokuskan kemudahan dalam perkongsian fail agar rakan-rakan atau pelanggan dapat melihat hasil kerja yang dibuat. Ibarat perkongsian Google Docs misalnya.

Adobe Kini Tawar Photoshop Versi Pelayar Web

Tambahan lagi, bukan sahaja Photoshop, mereka turut menawarkan Illustrator juga bagi pelayar web. Pun begitu, untuk menggunakan kedua-dua perisian tersebut, pengguna perlu melanggan Adobe Creative Clouds. Bermakna, anda perlu bayar jika mahu guna. Tidak seperti canva yang lebih mesra dalam kalangan pengguna biasa.

Apa-apa pun, ini langkah yang baik daripada Adobe tetapi sekiranya mereka menawarkannya secara percuma untuk versi web ini, pasti ramai pengguna gembira.

Sumber: Adobe

Baca juga:

  • Xperia Pro-I – Telefon Yang Hadir Dengan Sensor Kamera 1 inci

  • Qualcomm Ada 4 Cip Baharu, Snapdragon Yang Dinaik Taraf

  • Ciri Pindah ‘Chat’ WhatsApp Dari iOS Ke Android Diperluas, Janji Guna Android 12

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY