Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xperia Pro-I

Xperia Pro-I – Telefon Yang Hadir Dengan Sensor Kamera 1 inci

Diterbitkan Oktober 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Sony sebentar tadi melancarkan peranti Xperia Pro-I yang mana “I” merujuk kepada imaging. Telefon baharu ini sememangnya disasarkan buat golongan enthusiasts dalam bidang fotografi dan juga videografi.

Seperti yang dinyatakan, telefon ini menjanjikan pengalaman kamera yang baik dalam sebuah telefon pintar. Ia mempunyai sensor sebesar 1-inci dimana ia digunakan dalam kamera RX100 VII.

xperia pro-I sensor

Sony Xperia Pro-I dilengkapi tiga tetapan kamera. Lensa utama adalah 12MP dengan Exmor RS sensor bersaiz 1 inci, panjang fokus 24mm serta apertur F2.0/F4.0. Selain itu, lensa ini juga mempunyai sokongan teknologi eye-tracking yang mampu memfokus manusia serta haiwan sama ada untuk gambar atau video.

xperia pro-i kamera

Ia kemudian dipadankan dengan dua lagi kamera yang mana 12MP ultra-lebar (16mm, F2.2) dan 12MP telefoto (50mm, F2.4). Sementara lensa hadapan pula 8MP. Manakala dari segi kemampuan video, ia boleh merakam format 12-bit RAW pada resolusi 4K sehingga 120fps.

Telefon Xperia Pro-I

Di dalam peranti, Xperia Pro-I didatangkan cip pemproses Snapdragon 888 dengan padanan 12GB RAM, storan dalaman 512GB serta storan tambahan microSD sehingga 1TB. Bekalan kuasa adalah sebesar 4500mAh yang menyokong pengecasan 30W.

Untuk skrin, dilengkapi paparan 6.5 inci OLED dengan resolusi 4K bernisbah 21:9 dan kadar segar semula 120Hz. Turut hadir bicu audio 3.5mm yang menyokong teknologi LDAC. Antara lainnya adalah rangkaian 5G, perlindungan Gorilla Glass Victus (hadapan), Gorilla Glass 6 (belakang) dan kalis air IPX5/IPX8 dan debu IP6X.

Dengan penawaran sebegitu, pasti harganya bukan untuk semua. Xperia Pro-I dijual pada tanda harga USD1799 (~RM7460). Adakah ia masuk buat pasaran Malaysia atau tidak, sama-sama kita tunggu.

Baca juga:

  • Google Rasmikan Siri Pixel 6 – Rekaan Baharu, Cip Tensor Dan Kamera Besar

  • Ini Harga Rasmi Sony Xperia 10 III, Xperia Yang Mampu Milik

  • Ini Harga Rasmi Sony Xperia 1 III Dan Xperia 5 III Di Malaysia

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY