Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
roller coaster do-donpa

Ada Sampai Patah Tulang, Roller Coaster Terpantas Di Dunia Terpaksa Ditutup

Diterbitkan Ogos 27, 2021 oleh Amsyar Latif

Ketika mengunjungi taman tema, roller coaster sering menjadi perhatian pengunjung. Namun, tahukah anda bahawa di Jepun mempunyai salah satu roller coaster terpantas di dunia.

Roller Coaster itu yang digelar Do-Donpa dan terletak di taman tema Fuji-Q Highland kini diarahkan untuk menutup operasi. Ini disebabkan terdapat empat pengunjung yang mengalami patah tulang selepas menaikinya sepanjang Disember 2020 hingga Ogos 2021.

roller coaster

Berdasarkan laporan, insiden yang berlaku itu melibatkan individu lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 30 hingga 50 tahun. Ada di antara mereka patah tulang serviks dan tulang belakang toraks.

do-donpa roller coaster

Namun demikian perkara ini masih lagi dalam siasatan untuk mengesahkan adakah benar insiden tersebut ada kaitan dengan roller coaster itu.

Buat pengetahuan, Do-Donpa dibina pada tahun 2001 dan ia boleh mencapai kelajuan 180.2km/j dalam masa 1.56 saat.

Terdahulu, pengunjung yang menaiki roller coaster di taman tema Jepun dilarang untuk menjerit atas faktor mengelakkan penularan wabak COVID-19.

Sumber: The Mainichi

Baca juga:

  • Taman Tema Super Nintendo World Di Jepun Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Februari 2021
  • Hanya Dengan Mata Kasar Anda Boleh Melihat Planet Musytari Dengan Jelas Hingga Hujung Tahun Ini
  • Kapal Kargo Elektrik Tanpa Kelasi Pertama Dunia Akan Buat Pelayaran Tahun Ini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY