Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
super nintendo world

Taman Tema Super Nintendo World Di Jepun Bakal Dibuka Secara Rasmi Pada Februari 2021

Diterbitkan November 30, 2020 oleh Meor Hasyim

Universal Studios Jepun hari ini telah mengumumkan pembukaan rasmi taman tema Super Nintendo World kepada orang awam pada 4 Februari 2021 kelak.

https://www.youtube.com/watch?v=i4Nc9au7FjY&feature=emb_title

Pada awalnya Super Nintendo World sepatutnya dibina sebelum sukan Olimpik Tokyo 2020 berlangsung. Namun disebabkan pandemik Covid-19, pembinaannya dilewatkan sedikit.

Bertempat di Osaka, Jepun, Super Nintendo World membariskan pelbagai tarikan, antaranya:

  • Mario Kart: Koopa Challenge – Pengembaran AR Mario Kart rollercoaster menerusi helmet dengan skrin AR.
  • Bowser’s Castle (Koopa’s Castle di Jepun) – Struktur binaan pelbagai lokasi ikonik dalam permainan Mario.

Buat masa ini, sempadan Jepun masih ditutup untuk pengunjung luar, namun kerajaan Jepun bercadang untuk membuka sempadan tersebut pada musim bunga 2021 yakni bermula bulan Mac tahun hadapan.

Dilaporkan taman tema Super Nintendo World ini turut juga bakal dibina di Universal Studios lain di seluruh dunia.

Sumber: IGN

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY