Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kapal Yara

Kapal Kargo Elektrik Tanpa Kelasi Pertama Dunia Akan Buat Pelayaran Tahun Ini

Diterbitkan Ogos 26, 2021 oleh Amsyar Latif

Yara Birkeland merupakan sebuah kapal kargo elektrik tanpa kelasi atau tanpa kru kapal pertama di dunia bakal membuat pelayaran automatik menjelang hujung tahun ini.

Pelayaran dari Herøya ke Brevik, Norway ini dilakukan tanpa sebarang kelasi kapal tetapi ia dipantau dari tiga pusat kawalan data di darat.

Kapal kargo ini mempunyai 13-knot kelajuan berbanding kapal kargo biasa (16-25-knot) dan ia dilengkapi bateri sebesar 7MWh. Sepatutnya kapal ini memulakan pelayaran tahun lalu tetapi disebabkan pandemik, ia ditangguhkan.

Kapal Kargo Elektrik Tanpa Kelasi Pertama Dunia Akan Buat Pelayaran Tahun Ini

Buat makluman, konsep kapal Yara mula wujud pada tahun 2017 yang mana ia mampu membawa 103 kontena. Selain mengurangkan kos operasi, ia juga dibangunkan untuk menggantikan 40000 lori yang membawa kontena setiap tahun yang secara tidak langsung dapat mengurangkan pelepasan karbon dikosida dan nitrogen oksida.

Di samping itu, kapal tersebut itu turut mengurangkan kesesakan lalu lintas kerana kurangnya lori di atas jalan raya. Malah, risiko kemalangan kru kapal sewaktu berlayar juga tiada.

Sumber: cnn

Baca juga:

  • Inilah Dia Kapal Kargo Elektrik Pertama Di Dunia Ciptaan China
  • Kapal Pengangkut Volkswagen Hanya Guna Bahan Bakar Dari Minyak Masak Untuk Bergerak
  • SpaceX Nak Papar Iklan Di Angkasa Lepas Seawal Tahun 2022

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY