Kajian: Cas Telefon Dalam Bilik Tidur Punca Obesiti Dan Diabetes

Kajian saintis British baru-baru ini mendapati mengecas telefon pintar dalam bilik boleh memberi kesan kepada pengeluaran hormon melatonin.

Melatonin adalah merupakan hormon penting yang mengawal kitaran tidur dan bangun seseorang. Ia juga penting sebagai anti-oksidan untuk memelihara tona kulit, rambut dan kuku yang sihat, serta meningkatkan kualiti tidur.

Menurut kajian tersebut, jika seseorang itu mengecas telefon pintar atau tablet dalam bilik tidur, ia akan memberi kesan kepada pengeluaran melatonin seterusnya menyebabkan penyakit seperti obesiti, diabetes dan lain-lain.

Kajian itu mendapati, dalam mod 'standby' ketika mengecas, telefon pintar mengeluarkan radiasi elektomagnetik sebanyak 2.3mHz manakala apabila menggunakannya, ia meningkat kepada 3.4mHz.

Ini terjadi disebabkan apabila telefon pintar dihubungkan dengan sumber elektrik, ia mengeluarkan sejumlah kecil radiasi elektromagnetik walaupun tidak digunakan.

Namun begitu, jumlah ini semakin berkurang apabila semakin jauh telefon dengan invidu itu.

Para saintis menggalakkan anda untuk menutup (shut down) telefon jika mahu mengecas dalam bilik tidur.

Jika tidak, anda boleh mengecasnya di bilik lain ataupun menjauhkan diri dari telefon untuk mengurangkan kesan radiasi yang diterima.

Sumber: DIP

Baca juga:

 

Berkaitan