Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
haji AR

Lakukan Ibadah Haji Secara Maya Tidak Sah – Jabatan Agama Turki

Diterbitkan Februari 7, 2022 oleh Faiz Munir

Bulan Disember tahun lepas, Arab Saudi ada memperkenalkan penggunaan teknologi terimbuh (AR) yang mana ia menawarkan jemaah untuk menyentuh Hajar Aswad secara maya. Inisiatif ini juga dilakukan sebagai langkah Arab Saudi menawarkan pengalaman kepada jemaah yang tidak berpeluang untuk menyentuhnya disamping membendung penularan Covid-19.

Namun, selepas ia diperkenalkan beberapa persoalan muncul mengenai adakah ibadah Haji boleh dilakukan secara maya? Kerana sekarang Arab Saudi sudah mempunyai teknologi AR menyentuh Hajar Aswad maya, mungkin kemudian hari akan ada ibadah Haji secara maya pula.

Untuk menjawab persoalan ini, Jabatan Agama Turki (Diyanet) telah bersetuju bahawa ibadah Haji yang dilakukan secara maya adalah tidak sah. Hal ini dikatakan demikian kerana, untuk melakukan ibadah Haji, seseorang perlu berada di tanah suci secara fizikal.

Arab Saudi memperkenalkan AR Hajar Aswad ini adalah sebagai promosi menarik pelancong seperti mana yang dilakukan oleh Istanbul yang membenarkan pelancong melawat Archeological Museum menggunakan kaca mata realiti maya (VR), tambah Diyanet.

Abdullah Tirabzon, ahli akademik dari Fakulti Teologi Istanbul University bersetuju dengan Diyanet bahawa maya dan realiti tidak akan pernah sama.

Beliau juga menegaskan bahaya dan risiko alam meta (metaverse) ini terhadap Agama kerana jika hari ini ada yang memberikan idea untuk melaksanakan ibadah Haji secara maya, mungkin lain hari akan ada pula idea untuk laksanakan ibadah Solat secara maya.

Sumber: Hurriyet Daily News

Baca juga:

  • Teknologi AR Benarkan Jemaah Sentuh Hajar Aswad Secara Maya
  • Robot Pintar Mula Bertugas Agih Air Zamzam Kepada Jemaah Haji
  • Ini Gambar Beresolusi Tinggi, 49000MP Hajarul Aswad

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY