Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acerpure-HD1_PR banner

Acerpure Beauty Dan Acerpure Cool C3 Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM159

Diterbitkan September 26, 2024 oleh Rushsyafizal

Acer Malaysia telah melancarkan barisan produk terbaharu, Acerpure Beauty, yang merupakan alat pengering rambut ionik 2 dalam 1 untuk gaya rambut profesional di rumah. Pada masa yang sama, Acerpure Cool C3 telah diperkenalkan dengan penambahbaikan seperti fungsi lampu malam, menjadikannya penapis udara dan pengedar udara yang lebih sesuai untuk kegunaan di bilik tidur.

DSC07696 copy_2_11zon
DSC07719 copy_3_11zon
DSC07588 copy_2_11zon
IMG_3767 copy_3_11zon
DSC07619 copy_2_11zon
DSC07565 copy 2_3_11zon
DSC07583 copy_2_11zon
C3 3 in 1 Left
C3 3 in 1 Intuitive Panel
C3 3 in 1 Right
C3 3 in 1 Back

Acerpure Beauty HD2 DS744-10W hadir dengan motor DC tanpa berus 110,000 RPM dan teknologi anion 220 juta untuk mengurangkan keriting, menawarkan pengeringan rambut cepat dan sihat. Dengan Mod Hair Care AI, ia beralih antara udara panas dan sejuk secara pintar, memastikan rambut terlindung daripada kerosakan haba.

Acerpure Cool C3, pula, dilengkapi penapis HEPA 3-dalam-1 yang menapis alergen, bakteria dan virus. Tambahan fungsi lampu malam membantu mewujudkan persekitaran tidur yang lebih selesa.

Dari segi harga, pengering rambut Acer dijual pada harga RM159. Sementara Acerpure Cool C3 pula berharga RM999.

Promosi pelancaran turut menawarkan diskaun sehingga RM250 di Pavilion Bukit Jalil, serta hadiah menarik untuk pembelian terpilih dari 26 hingga 29 September 2024.

Berkaitan

  • MediaTek Dimensity 9400 Sah Dilancarkan Pada Oktober Depan
  • CTO Mira Murati, Dua Eksekutif Penyelidikan Tinggalkan OpenAI
  • Sony Perkenal Chroma DualSense Dengan Harga RM399
  • Disney+ Mula Kenakan Bayaran Tambahan Untuk Perkongsian Akaun
  • Orion, Cermin Mata AR Pertama Meta

Sumber : Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY