Acer Melancarkan 4 Model Komputer Riba Chromebook Terbaru

Selain melancarkan pelbagai model komputer riba yang menggunakan sistem operasi Windows, Acer juga turut melancarkan 4 model komputer riba Chromebooks.

Termasuklah sebuah model Chromebook yang bersaiz 17 inci.

4 Model Acer Chromebook itu adalah Acer Chromebook 317 (CB317-1H), Acer Chromebook Spin 713 (CP713-3W) dan Acer Chromebook Enterprise
Spin (CP713-3W), Acer Chromebook 514 (CB514-1H) dan Acer Chromebook Enterprise 514 (CB514-1W) serta Acer Chromebook 314 (CB314-2H/T).

Acer Chromebook 317 (CB317-1H) adalah model Chromebook pertama bersaiz 17 inci yang dilengkapi dengan sambungan USB
3.2 Type-C, Intel ® Wi-Fi 6 (Gig+) serta bateri yang mampu bertahan sehingga 10 jam.

Kapsyen: Acer Chromebook 317 bersaiz 17 inici ini dikuasakan oleh cip Intel ® Celeron ® terbaru.


Acer Chromebook Spin 713 pula ditawarkan dalam 2 versi iaitu versi biasa dan versi Enterprise.

Acer Chromebook Spin dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-11 yang memberikan prestasi terbaik dalam kelasnya.

Ia juga dibuat daripada kerangka aluminium bertaraf ketenteraan bagi digunakan dalam apa jua keadaan.

Tetapi ia masih ringan dengan seberat hanya 1.37 kg serta senipis 0.67 inci sahaja. Ia juga menyokong ciri pengecasan pantas di mana hanya dalam 30 minit cas, bateri Chromebook ini mampu bertahan 4 jam.

Kapsyen: Skrin Acer Chromebook Spin 713 bersaiz 13.5 inci dengan resolusi 2256x1504.


Seperti model Acer Chromebook Spin 713, Acer Chromebook 514 (CB514-1H) juga ditawarkan dalam 2 versi iaitu biasa dan Enterprise.

Acer mensasarkan model Chromebook ini kepada mereka yang memerlukan sebuah komputer riba ringan dan berkuasa yang sesuai digunakan bagi aktiviti perniagaan mereka.

Kapsyen: Skrin Acer Chromebook Enterprise 514 yang bersaiz 14 inci sesuai untuk pengguna aktif.


Model terakhir Chromebook dari Acer ini adalah Acer Chromebook 314 (CB314-2H/T). Model komputer riba ini disasarkan secara khusus kepada para pelajar serta pengguna yang mahukan sebuah komputer riba yang ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.

Dengan hanya seberat 1.5kg, Chromebook 314  dilengkapi dengan paparan 14 inci beresolusi 1920x1080 serta senipis 0.29 inci.



Untuk info lanjut spesifikasi bagi semua model Chromebook Acer terbaru ini, sila layari laman rasmi Acer.com.