Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Menaik Taraf Komputer Meja ‘Gaming’ Predator Orion 3000 Dan Nitro 50

Acer Menaik Taraf Komputer Meja ‘Gaming’ Predator Orion 3000 Dan Nitro 50

Diterbitkan Mei 28, 2021 oleh ariff bukhari

Acer mengumumkan, 2 model komputer meja mereka yang memfokuskan permainan komputer iaitu Predator Orion Dan Nitro dinaik taraf kepada perkakasan terkini.

Bagi model Predator Orion 3000, ia kini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel ® Core ™ i7 Gen-11 serta menggunakan kad grafik NVIDIA GeForce RTX 3070 GPU.

Kapasiti memori RAM komputer meja ini juga kini menyokong sehingga 64 GB RAM 3200 Hz DDR4.

Acer Menaik Taraf Komputer Meja ‘Gaming’ Predator Orion 3000 Dan Nitro 50
Predator Orion 3000

Predator Orion 3000 juga menyokong kapasiti storan pantas PCIe NVMe SSD sehingga 2TB (1TB x2) atau mampu menyokong kapasiti storan HDD (Hard Disk Drive) sehingga 6 TB (3TB HDD x2).

Untuk model Nitro 50 pula, Acer menawarkan 2 pilihan cip pemprosesan iaitu AMD Ryzen ™ 9 5900 (N50-120 [AMD]) atau cip pemprosesan Intel ® Core ™ i7 Gen-11 (N50-620 [Intel]).

Kedua-dua versi N50 ini dilengkapi dengan kad grafik NVIDIA GeForce ® RTX 3060 Ti serta menyokong kapasiti memori RAM sehingga 64 GB dual-channel 3200 MHz DDR4.

Acer Menaik Taraf Komputer Meja ‘Gaming’ Predator Orion 3000 Dan Nitro 50
Nitro 50

Istimewa dengan pembelian Nitro 50, Acer turut menawarkan tempahan komputer meja ini untuk dilengkapi dengan pad pengecas tanpa wayar terbina dalam untuk semua jenis peranti pintar dengan sokongan Qi-standad.

Peminat komputer meja boleh mendapatkan spesifikasi penuh bagi Acer Predator Orion 3000 dan Acer Nitro 50 ini di laman rasmi Acer.com.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY