Acer Umum Tiga Lagi Monitor Gaming Predator

Siri Predator itu sudah memberikan satu gambaran yang ia adalah garang. Kini, Acer mengumumkan tiga buah monitor gaming Predator yang menyokong VESA DisplayHDR - Predator CG437K S, Predator X38 S dan Predator X28.

Predator CG437K S




Monitor sebesar 42.5 inci adalah monitor gaming yang serasi dengan NVIDIA G-SYNC dengan resolusi UHD (3840x2160) atau 4K dan kadar penyegaran 144Hz.

Hadir dengan sejumlah port merangkumi USB-B, USB 2.0 dan USB 3.0 serta USB-C (PD30W).

Turut dilengkapi paparan VESA DisplayHDR 1000, ketepatan warna dengan penarafan Delta E<1, kecerahan sehingga 1000 nits, 1ms masa tindak balas dan 90% gamut warna DCI-P3.

Predator X38 S




Predator X38 S mempunyai paparan melengkung dengan lengkungan 2300R beresolusi UWQHD+ (3840x1600), 98% gamut warna DCI-P3, penarafan Delta E<2 dan juga VESA DisplayHDR 600.

Baca juga - Dua Komputer Riba Gaming Acer Predator Baharu Dilancarkan

Selain itu, monitor ini mengkhususkan golongan yang bermain permainan e-sukan kerana hadir dengan 175Hz, masa tindak balas 0.3 ms G-to-G, berukuran 37.5 inci dan beberapa Game Mode termasuk NVIDIA Reflex Latency Analyzer.

Predator X28




Monitor ini mempunyai skrin berukuran 28 inci UHD (3840x2160) dengan bezel yang nipis. Menawarkan kadar penyegaran 155Hz, masa tindak balas 1 ms G-to-G, NVIDIA G-SYNC, G-SYNC Esports Mode dan NVIDIA Relfex Latency Analyzer.

Selain itu, paparannya juga dilengkapi Delta E<1, BlueLightShield Pro, Acer LightSense dan TUV Theinland Eyesafe bagi melindungi mata.

Harga Jualan


Predator CG437K S tersedia di beberapa negara terlebih dahulu yang dijual pada harga bermula USD1799.99 (~RM7450). Sementara Predator X38 S adalah USD1999.99 (~RM8300). Manakala Predator X28 pula bermula USD1299.99 (~RM5400).

Buat masa sekarang, tiada maklumat lagi bilakah ia akan hadir buat pasaran tempatan.

Baca juga - Acer Switft X Diumumkan, "Laptop" Nipis Tapi Berkuasa

Sumber: Siaran Akhbar Acer