Siri Acer Vero Diumum - Produk Yang Dihasilkan Daripada Bahan Kitar Semula

Acer baru-baru ini telah melancarkan siri peranti mereka yang diperbuat daripada bahan kitar semula. Acer Vero merupakan peranti yang diperbuat menggunakan bahan plastik post-consumer recycled (PCR).

Antara peranti siri Vero ini ialah Acer Aspire VeroAcer TravelMate Vero, Acer Veriton Vero Mini dan  Acer Vero BR277.

Acer Aspire Vero

Komputer riba ini dihasilkan daripada 30% PCR. Ia juga dikuasakan dengan CPU Intel generasi ke-11, paparan skrin bersaiz 15.6 inci Full HD, grafik Intel Iris Xe, memori DDR4 dan storan SSD NVMe.

Acer TravelMate Vero

TravelMate Vero juga dikuasakan oleh CPU Intel generasi ke-11 iaitu Intel Core i7, memori sehingga 16GB DDR4 dan 1TB SSD yang sangat sesuai digunakan oleh syarikat-syarikat komersial.

Acer Veriton Vero Mini

Ini pula model komputer dekstop yang bersaiz kecil dan hadir dengan CPU Intel vPro generasi ke-12. Selain itu, ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri seperti WiFi 6E, USB 3.2.

Acer Vero BR277

Tidak lengkap jika tiada paparan jika sudah ada komputer desktop. Oleh itu, Acer turut memperkenalkan paparan skrin Acer Vero BR277 yang hadir dengan saiz 27 Inci, resolusi Full HD. Ia juga dilengkapi dengan Ergostand yang membolehkan ia dicondong, dinaikkan dan disengetkan untuk mendapatkan pandangan sudut yang baik.

Semua siri produk ini akan hadir dalam bungkusan yang dihasilkan daripada bahan 100% kitar semula yang memudahkan ia untuk dikitar semula.

Siri Acer Vero akan hadir di pasaran Amerika bermula bulan November dengan harga:

  • Acer Aspire Vero - USD 699.99 (~RM2908)

  • Acer TravelMate Vero - USD 899.99 (~RM3739)

  • Acer Vero BR277 Monitor - USD299 (~RM1242)


Sumber: Siaran Akhbar Acer

Baca Juga