Acer Swift 3 (2022) - Mungkin Dilancar Jun Nanti, Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu

Acer telah mengumumkan kedatangan model Swift 3 2022 dalam Mobile World Congress di Barcelona pada awal tahun ini. Acer Swift 3 merupakan antara komputer riba paling popular dikalangan produk Acer sendiri. Jika anda ingin mengetahui tentangnya, teruskan membaca.


Spesifikasi Acer Swift 3 (2022)


Semasa pengumuman Acer tentang Swift 3 untuk model 2022, tiada sebarang kenyataan rasmi akan spesifikasi penuh yang bakal ada dalam komputer riba ini nanti. Tetapi berdasarkan ura-ura dan model yang telah diletakkan oleh Acer dalam laman sesawang mereka di US, anda boleh menjangkakan Acer Swift 3 2022 akan dilengkapi dengan spesifikasi seperti di bawah:





































































Sistem operasi

  • Windows 11


Cip pemprosesan

  • 12th generation Intel Core i5-1240P (12 teras, 16 bebenang, sehingga 4.4GHz)

  • 12th generation Intel Core i7-1260P (12 teras, 16 bebenang, sehingga 4.7GHz)


Grafik

  • Intel Iris Xe graphics


Memori

  • 8GB LPDDR4X

  • 16GB LPDDR4X


Storan

  • Sehingga 2TB PCIe NVMe SSD


Paparan

  • 14-inci 16:9 Full HD (1920 x 1080) IPS

  • 14-inci 16:9 Quad HD (2560 x 1440) IPS


Audio

  • Dwi pembesar suara stereo


Webcam

  • Full HD 1080p


Keselamatan

  • Sensor pengimbas cap jari


Bateri

  • 3-cell (kapasiti tidak dinyatakan), penggunaan sehingga 10.5 jam

  • Pengecas 65W


Ports

  • 2 x Thunderbolt 4 (USB Type-C)

  • 2 x USB 3.2 Gen 1 Type-A

  • 1 x HDMI 2.0

  • 3.5mm headphone jack


Sambungan

  • Wi-Fi 6E

  • Bluetooth 5.2


Warna

  • Safari Gold

  • Snow Blue

  • Pure Silver


Saiz

  • 320.04 x 210.82 x 16 mm


Berat

  • Bermula pada 1.25kg


Ramalan Harga

  •  RM3,585 (berdasarkan tukaran matawang terkini USD ke MYR)



Apa Yang Baharu Dalam Acer Swift 3 (2022)


Disebabkan ini merupakan keluaran Acer Swift 3 untuk tahun 2022, anda boleh jangkakan penggunaan cip pemprosesan baharu berbanding model yang sebelumnya. Selain itu, apa yang saya dapat tahu adalah penggunaan paparan QHD dan juga port pengecasan USB-Type C

Cip Pemprosesan Intel 12th Gen (P-Series)


Antara penambahbaikan yang terbesar dalam model 2022 ini adalah Acer akan menggunakan cip pemprosesan Intel 12th Gen. Cip pemprosesan generasi ke 12 Intel ini menggunakan hybrid architecture yang menggabungkan teras prestasi (P) dan kecekapan (E) dan secara tidak langsung memberi lebih banyak teras dan bebenang padanya.



Selain itu, cip pemprosesan ini mempunyai TDP (thermal design power) setinggi 28W. Ini bermakna Acer Swift 3 2022 ini nanti mampu memberikan prestasi penggunaan yang lebih pantas dan efisien.

Walau bagaimanapun, ada sedikit kekurangan yang perlu kita jangkakan, iaitu pelepasan haba yang lebih tinggi kerana makin tinggi TDP sesebuah cip pemprosesan itu, semakin banyak haba yang dijana. Kita hanya boleh mengharapkan Acer menggunakan sistem penyejukan yang baik dalam model Swift 3 2022 ini.

Paparan Quad HD


Acer Swift 3 akan memberi saiz paparan yang sama dengan model yang sebelumnya dan ia menyokong resolusi Full HD. Tetapi apa membezakan adalah laptop ini mempunyai konfigurasi yang membolehkan anda untuk mendapat paparan Quad HD. Oleh itu, anda akan dapat pengalaman imej yang lebih tajam dan jelas pada skrin laptop anda.

Port Pengecasan USB Type-C


Kapsyen: Bentuk alat pengecas Acer jenis barrel


Acer telah menyingkirkan port pengecas jenis barrel dan menggantikannya dengan port USB Type-C untuk model 2022. Untuk model yang sebelumnya, Acer hanya meletakkan satu port USB Type-C. Tetapi untuk model ini, Acer telah menambah bilangan port tersebut kepada 2 dan kedua-duanya menyokong Thunderbolt 4 dan sambungan data berkelajuan tinggi.

Apa Yang Baharu Dalam Acer Swift 3 (2022)


Mengikut Acer, Model Swift 3 2022 akan dilancarkan pada bulan Jun ini di AS manakala Eropah akan menerima pelancaran seawal April. Walaupun begitu, ada kemungkinan bahawa Acer akan menangguhkan  pelancaran Swift 3 2022 ini. Hal ini disebabkan oleh krisis pengurangan komponen yang dihadapi dunia dan kekangan pembekal.

Oleh itu, perkara-perkara tersebut memberi kesan kepada Acer dan jenama-jenama besar lain juga untuk menyediakan produk mereka di pasaran dan menyukarkan mereka untuk melancarkannya pada masa yang telah diumumkan.

Sumber: XDA developers

Baca juga: