Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Perkenal 2 Workstation Baru Untuk Kegunaan ‘Server’

Acer Perkenal 2 Workstation Baru Untuk Kegunaan ‘Server’

Diterbitkan Jun 22, 2023 · Dikemas kini Jun 22, 2023 oleh Firdaus

Selain memperkenal siri TravelMate dan Veriton baru, Acer turut melancarkan 2 model workstation – Altos P130 F9 & Altos BrainSphere R360 F5.

Untuk pengetahuan pembaca, peranti-peranti ini direka khas untuk memenuhi keperluan pusat data yang dinamik. Secara tidak langsung, memastikan prestasi cemerlang yang kekal dan terjamin.

Altos P130 F9

Workstation Altos P130 F9 dikuasakan cip Intel Core Gen 13 dan menyokong memori DDR5 ECC. Selain itu, ia dilengkapi plaform Intel vPro yang menjamin kestabilan, prestasi yang tinggi, sekuriti yang dipertingkatkan dan banyak lagi.

Acer Altos P130 F9 20L (4)
Acer Altos P130 F9 20L (3)

Di samping itu, Altos P130 F9 boleh dipadankan dengan pelbagai pilihan kad grafik NVIDIA yang terbaru. Pilihan NVIDIA Quadro RTX memboleh penggunaan ray tracing dan kecerdasan buatan yang dipertingkatkan.

Acer Altos P130 F9 20L (1)
Acer Altos P130 F9 20L (6)

Workstation ini mempunyai pelbagai slot tambahan PCIe Gen4 dan dwi slot storan PCIe Gen4 M.2 NVMe SSD.

Altos BrainSphere R360 F5

Altos BrainSphere R360 F5 adalah pilihan terbaik bagi perniagaan yang memerlukan solusi pelayar yang berkuasa dan versatil.

Dengan rekaan sistem 1U, Altos ini adalah pelayan 2 soket yang menyokong penggunaan dwi CPU. Oleh itu, ia dapat memenuhi keperluan kuasa pemprosesan yang tinggi dalam industri ketika ini.

ALTOS R360 F5_6
ALTOS R360 F5_4
ALTOS R360 F5_3
ALTOS R360 F5_2

Setiap soket dikuasakan cip Intel Xeon Gen 3 dengan 40 teras dan 8 saluran untuk setiap soket. Oleh itu, ia memberikan keseimbangan teras/bebenang yang sempurna, prestasi yang optimum dan sokong tugasan yang berat.

Altos BrainSphere ini juga menyokong pembangunan AI dengan sistem integrasi Altos BrainSphere AI Development Platform API miliknya.

ALTOS R360 F5_7
ALTOS R360 F5_8
ALTOS R360 F5

Selain itu, Altos Sphere ini mempunyai kapasiti hingga 32 DIMM stick, 3 storan PCIe dan hingga 12 pemacu storan 2.5 inci.

Berkaitan

  • Ini Aksesori iPhone Bawah RM50 Yang Ada Di Shopee
  • Mulai Julai, Semua Transaksi Perbankan Internet BSN Perlu Pengesahan BSNSecure
  • Permohonan eBeliaRahmah Dibuka Mulai 26 Jun, Ini Yang Perlu Diketahui
  • Siri Acer TravelMate Dan Veriton Baharu Rasmi, Harga Bermula RM3249
  • BSN: Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Dikreditkan Bermula 26 Jun

Acer Malaysia memberikan 1 tahun jaminan tambahan, yang membawa kepada jumlah keseluruhan 4 tahun  jaminan dan perkhidmatan.

Tawaran jaminan istimewa itu adalah khas untuk anda yang membeli workstation Altos bermula sekarang hingga 30 September ini.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY