Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
WhatsApp Image 2023-06-21 at 2.48.52 PM

Siri Acer TravelMate Dan Veriton Baharu Rasmi, Harga Bermula RM3249

Diterbitkan Jun 22, 2023 · Dikemas kini Jun 22, 2023 oleh Firdaus

Pada rabu minggu ini, Acer Malaysia telah mengadakan acara pelancaran besar-besaran dengan memperkenalkan pelbagai barisan produk dan peranti baharu mereka.

WhatsApp Image 2023-06-21 at 2.48.49 PM

Terdapat 2 siri – TravelMate dan Veriton yang dilancarkan. Ia merangkumi komputer riba, desktop, AIO desktop dan monitor.

Siri Acer TravelMate dan Veriton

Pada tahun ini, Acer Malaysia memperkenalkan 3 model dalam siri TravelMate yang baharu – TravelMate P2, P4 dan P6.

Acer travelmate

Selain spesifikasi di atas, siri TravelMate kali ini mempunyai perlindungan OS, perisian tegar (firmware) dan perkakas yang terintegrasi dalam peranti ini.

Siri TravelMate dilengkapi Windows AutoPilot untuk memastikan sekuriti pengguna terjamin dan tidak lupa juga penutup webcam bagi memelihara isu privasi.

Tambahan lagi, siri ini dilengkapi Acer Dust Defender yang membersihkan sistem termal secara automatik setiap 6 jam.

Ini dapat memastikan peranti dapat bekerja dengan optimum walaupun digunakan dalam jangka waktu yang lama.

Selain itu, Acer turut memperkenalkan Acer Veriton Vero Mini (VZ4714G-51348W11PS) dan Acer Veriton Vero AIO
(VN4710GT).

Siri Veriton dikuaskan cip Intel Core 13th Gen, pilihan RAM 4GB atau 8GB  dan storan SSD 256GB atau 512GB.

Harga

Komputer riba Acer TravelMate dijual pada harga bermula RM3,249, Acer TravelMate Spin P4 pula berharga RM5,699 dan TravelMate P6 14 inci OLED dijual pada harga RM6,899.

Berkaitan

  • HONOR 90 Lite Rasmi, Dikuasakan Dimensity 6020 Dan Kamera 100MP
  • Kehadiran Siri narzo 60 Diperlihat, Mungkin Hadir Seawal Julai
  • Mungkin Ini Rekaan Sebenar OnePlus V Fold
  • Harga Nothing Phone (2) Didakwa Tertiris
  • BSN: Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 3 Akan Dikreditkan Bermula 26 Jun

Sementara itu, Acer Veriton berharga pada harga permulaan RM2,749, Veriton Vero AIO (VZ4714G-51348W11PS) pula pada harga RM4,699 dan Veriton Vero mini dijual pada harga RM3,499.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY