Ini Aksesori iPhone Bawah RM50 Yang Ada Di Shopee

Ramai yang memegang fahaman bahawa kalau seseorang itu menggunakan iPhone, dia perlu juga membeli barang aksesori dan pelan internet yang mahal kerana menganggap iPhone ialah satu kemewahan.

Fenomena ini dipanggil dianggap sebagai contrast effect di mana kita suka membandingkan perkara-perkara yang tidak berkaitan kerana kita dipengaruhi maklumat sebelum/selepasnya.

Tak mengapa, saya di sini bukan ini mensyarahkan teori psikologi tapi senaraikan aksesori untuk iPhone di bawah RM50 tetapi dikeluarkan jenama dipercayai seperti Ugreen.

{snap}

Pengecas


pengecas iphone 20w

Pengecas daripada Ugreen ini berkelajuan 20W dan berharga sekitar RM30. Ia hadir dengan port USB-C demi pengecasan pantas.

Untuk iPhone 8 dan ke atas, anda boleh manfaatkan ciri fast charging kerana ia sudah menyokong kelajuan 18W atau 20W (ikut model). Jenama Ugreen juga dipercayai ramai, termasuklah saya sendiri.

Jangan risau, iPhone hanya akan terima kelajuan maksimum yang ia mampu walaupun anda gunakan pengecas 120W. Telefon Android juga boleh menggunakan pengecas ini.

Klik untuk beli

{snap}

Kabel MFi (USB-C ke Lightning) jenis biasa




Banyak kabel USB-C ke Lightning yang diiktiraf Apple (MFi) berada di pasaran. Sama ada Ugreen, Anker, Aukey, TP Link dan banyak lagi.

Di sini, saya masukkan yang termurah di Shopee iaitu daripada Ugreen.

Ia hadir dengan bahan getah/plastik seperti kabel biasa. Kabel ini boleh diguna bersama pengecas tadi mahupun mana-mana pengecas asalkan berlubangkan bicu USB-C.

Untuk panjang 1 meter, harga sekitar RM37. Ya, kabel dengan pengiktirafan MFi memang mahal daripada yang "pasar malam".

Klik untuk beli

{snap}

Kabel MFi (USB-C ke Lightning) jenis braided




Kalau kabel tadi murah kerana diperbuat daripada getah/plastik biasa, yang ini pula sedikit lebih mahal kerana jenis braided.

Ia lebih tahan lasak kerana luarannya diperbuat daripada nylon atau woven fabric. Jadi, ia lebih tahan terhadap bengkok, lipatan, sukar untuk koyak dan kusut serta sesetengahnya lebih fleksibel.

Untuk panjang 1 meter, ia berharga sekitar RM40.

Klik untuk beli

{snap}

Kabel MFi (USB-A ke USB-C)




Terkadang, apabila dalam kecemasan, kita tidak dapat temui port USB-C untuk cas iPhone. Jadi, kabel tradisional USB-A masih diperlukan sebagai sandaran, misalnya pengecasan di dalam kereta.

Saya masukkan yang daripada jenis biasa, bukan braided memandangkan ia hanya untuk backup.

Untuk panjang 1 meter, harganya sekitar RM27.

Klik untuk beli

{snap}

Adapter audio 3.5mm


adapter lightning 3.5mm murah

Tak semua orang suka layan perasaan dengan TWS. Mungkin atas alasan kualiti audio, masih ada yang kekal dengan earphone berwayar.

Ugreen juga ada jual adapter 3.5mm untuk earphone anda disambung pada port Lightning di iPhone. Namun, anda tidak boleh mengecas semasa menggunakannya melainkan melalui wayarles.

Selain untuk earphone, adapter ini juga boleh diguna bersama mikrofon berwayar. Misalnya, semasa rakaman video assignment atau TikTok. Ia juga boleh digunakan untuk disambung dengan speaker.

Menariknya, ia juga mempunyai pengiktirafan MFi. Harganya sekitar RM47.

Klik untuk beli

{snap}

Bank kuasa (10,000mAh)


powerbank murah rm50

Bank kuasa atau power bank antara aksesori paling banyak di pasaran baik asli mahupun tiruan. Memandangkan ia melibatkan kuasa dan elektrik, maka penting untuk kita pastikan ia daripada jenama yang dipercayai.

Secara peribadi, saya lebih percaya dengan jenama yang besar seperti Xiaomi, Redmi, realme, Baseus. Selalunya, harga powerbank 10,000mAh dijual pada harga sekitar RM70.

Di sini, saya berjaya jumpa bank kuasa Redmi 10,000mAh berkelajuan 10W pada harga RM48. Kedainya juga di bawah kategori Shopee Mall, jadi saya fikir tiada isu produk tiruan.

Ia boleh dicas melalui Micro-USB dan USB-C tetapi untuk mengecas, terhad melalui 2 port USB-A. Untuk harga ini, sesuailah dengan keterbatasannya. Waranti pula selama 6 bulan.

Klik untuk beli

{snap}

Pengecas di dalam kereta


charger kereta phone

Ugreen turut menjual adapter pengecas untuk kereta dengan kelajuan 48W keseluruhannya. Ia hadir dengan 1 port USB-C dan satu port USB-A.

Kalau kedua-dua lubang digunakan serentak, maka kelajuannya hanya 24W maksimum. Kalau USB-C sahaja, kelajuan maksimumnya ialah 30W manakala USB-A pula setinggi 18W.

Klik untuk beli

{snap}

Kerangka jenama Ringke (casing)


ringke iphone malaysia

Untuk casing, ia bukanlah satu keperluan untuk pakai daripada jenama terkenal. Beli daripada pasar malam, Kedai Ustaz atau mana-mana semurah RM5 pun bagi saya sudah memadai.

Namun, kalau anda benar-benar mahu casing yang tahan lasak, mempunyai penarafan seperti gred ketenteraan, saya cadangkan jenama seperti Spigen, Rhinoshield, Ringke, Nomad, Elago, Uniq.

Saya secara peribadi gemar sudah menggunakan jenama Ringke dari Korea Selatan untuk beberapa telefon. Ia agak tebal kerana mempunyai gred ketenteraan namun bagi saya bahannya memberi rasa selesa dan selamat.

Klik untuk beli