Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
20250930 Acer Nitro V 16S_PR-Banner_Intel

Acer Nitro V 16S Tiba Di Malaysia, Komputer Riba ‘Gaming’ Berharga Dari RM4,999

Diterbitkan September 30, 2025 · Dikemas kini September 30, 2025 oleh ariff bukhari

Acer hari ini mengumumkan komputer riba terbaru mereka,  Nitro V16S kini tiba di Malaysia.

Acer Nitro V16S adalah laptop gaming terkini yang direka khas untuk mereka yang mahukan sebuah peranti untuk pembelajaran tetapi pada masa yang sama mahukan prestasi bagi permainan dan ditawar pada harga bajet.

Siri Acer Nitro V16S ditawarkan dengan pilihan cip pemproses Intel Core 7 dan Core 5 yang digabungkan dengan grafik NVIDIA GeForce RTX 5060, atau cip pemproses AMD Ryzen 7 dan Ryzen 5 dengan grafik NVIDIA GeForce RTX 5050.

20250930 Acer Nitro V 16S_01
Acer Nitro V16S dilengkapi paparan 16-inci WUXGA dengan kadar segar semula 165Hz memberikan pengalaman visual yang lancar dan responsif.

Dari segi audio, teknologi DTS:X Ultra menawarkan bunyi 3D yang mengasyikkan.

Laptop ini juga dilengkapi dengan Wi-Fi 6E dan pelbagai port sambungan termasuk USB 4 dan HDMI 2.1 untuk fleksibiliti maksimum.

Komputer riba gaming Acer Nitro V16S kini sudah tersedia di Malaysia dengan harga bermula RM4,999.

20250930 Acer Nitro V 16S_PR-Banner_AMD
Pembelian awal Acer Nitro V 16S sebelum 13 Oktober 2025 akan menerima tetikus tanpa wayar Logitech G304 Lightspeed bernilai RM129.
20250930 Acer Nitro V 16S_PR-Banner_Intel

Beli barisan komputer riba Acer dari stor rasmi:

  • Shopee – https://invl.me/clmzpyu
  • Lazada – https://invl.me/clmzpyr

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Siri HUAWEI WATCH GT 6 Rasmi Di Malaysia, Sokong Touch ’n Go eWallet Dan MyBorderPass
  • GIGABYTE Lancar Papan Induk AORUS Baharu Paling Laju Di Pasaran

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Aplikasi Gemini Kini Tersedia Di Apple CarPlay
  • Jensen Huang Letak Jawatan Sebagai CEO Selepas 33 Tahun, NVIDIA Lantik CEO Interim
  • Aplikasi Mudah Alih MySAHAM MITI Dilancarkan
  • HLB Islamic Naik Taraf Sistem Audio Masjid Jamek Untuk Keselesaan 3,000 Jemaah
  • MRANTI Lancar Lima Mission Labs Di I-Nation 2026, Sasar Projek Rintis Dalam 12 Bulan
  • Universiti China Beli 2 Cip Nvidia H200 Walaupun Berdepan Sekatan AS
  • Pas MyKomuter50 Boleh Diaktifkan Mulai 16 November, Ini Caranya
  • Ini 9 Pengeluar Modul DRAM Pihak Ketiga Terbesar Dunia, Kingston Kuasai 62% Pasaran
©2026 WISER.MY