Acer Nitro 5 Dengan Cip Intel Gen-11 Kini Sudah Boleh Dibeli

Acer Nitro 5 yang sebelum ini dikuasakan cip pemproses AMD kini menerima model baharu yang dijana cip Intel Gen-11 pula. Menariknya, ia sudah boleh dibeli peminat tempatan pada harga RM5699 (Intel i7+16GB RAM). Selain itu, pelanggan yang membelinya mulai hari ini hingga 9 Julai akan menerima fon telinga wayarles Acer Gateway FAE-i5.

Untuk spesifikasi khusus, komputer riba ini hadir dengan pilihan cip Intel Core i7-11800H atau Intel Core i5-11400H. Ia menerima gandingan grafik Nvidia RTX 3060 6GB GDDR6 serta memori 16GB RAM atau 8GB RAM (bagi varian Intel i5).



Masing-masing juga mempunyai kapasiti storan 512GB SSD dengan satu slot tambahan bagi M.2 dan HDD. Selain itu, Acer Nitro 5 dilengkapi skrin berukuran 15.6 inci beresolusi FHD dan kadar segar semula 144Hz.

Antara yang lainnya adalah rangkaian Intel WiFi 6, Bluetooth 5.1, 1 USB-C. 1 USB 3.2 Gen2, 2 USB 3.2 Gen 1, HDMI dan bicu audio 3.5mm.



Seperti yang dinyatakan, Acer Nitro 5 dengan Intel Core i7 sudah boleh dibeli mulai hari ini. Sementara varian dengan Intel Core i5 akan tersedia pada penghujung Julai ini dengan harga RM4799.

Tambahan lagi, bersempena jualan 7.7, Acer Malaysia turut menawarkan pelbagai promosi bagi produk mereka yang terpilih seperti Acer Swift 5 (RM4499), Acer Predator Helios 300 (RM4799) dan banyak lagi.

Bagi yang berminat, anda boleh membelinya di kedai dalam talian rasmi Acer di Shopee.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

Baca juga - Ini Adalah 5 Komputer Riba Yang Berbaloi Bawah RM2500

Baca juga - WhatsApp Akhirnya Akan Tawar Ciri Baharu Yang Ditunggu-Tunggu