Ini Adalah 5 Komputer Riba Yang Berbaloi Bawah RM2500

Memandangkan kita masih lagi dikenakan perintah berkurung yang belum pasti bilakah akan tamat, pasti ramai di antara kita perlu bekerja di rumah. Lebih-lebih yang tinggal di kawasan Selangor.

Oleh itu, bagi memberikan keselesaan atau menambah baik produktiviti ketika melakukan tugasan sewaktu di rumah, ini adalah 5 komputer riba berbaloi di bawah paras harga RM2500.

Kebanyakan komputer riba yang disenaraikan ini adalah model yang hadir dengan perkakasan baharu serta yang paling penting adalah mampu milik.

Selain itu, storan SSD juga menjadi pilihan yang amat penting kerana ia menjimatkan masa ketika membuka komputer riba dan jauh lebih pantas berbanding HDD.

Acer Aspire 3 A315-57G-541R (RM2499)




Komputer riba ini hadir dengan spesifikasi yang menarik walaupun tanda harga mampu milik. Dari segi cip pemproses serta grafiknya sudah cukup memadai bagi tugasan pejabat. Bagi yang mahu mainĀ game, juga tiada masalah terutama permainan yang tidak memerlukan grafik yang tinggi.

  • Intel Core i5-10356G1

  • NVIDIA GeForce MX330

  • 4GB RAM (boleh naik taraf hingga 20GB)

  • Storan 512GB SSD

  • Skrin 15.6 inci FHD (1920x1080)


Klik untuk beli komputer riba ini - https://invol.co/cl4k948

HONOR Magicbook X 15 (RM2299)




Mungkin tidak ramai yang tidak berapa yakin dengan jenama komputer riba dari HONOR. Namun, mereka masih lagi mampu menawarkan spesifikasi yang baik. Menariknya lagi, ia lengkap dengan 8GB RAM.

  • Intel Core i3-10110U

  • Intel UHD Graphics

  • 8GB RAM

  • Storan 256GB SSD

  • Skrin 15.6 inci (1920x1080)


Klik untuk beli komputer riba ini - https://invol.co/cl4k94a

Asus VivoBook 14 M413D-AEK253TS (RM2499)




VivoBook adalah antara komputer riba yang popular dari Asus. Di samping rekaan yang cantik, spesifikasi yang ditawarkan juga baik.

  • AMD Ryzen 3 3250U

  • AMD Radeon Graphics

  • 4GB RAM

  • Storan 512GB SSD

  • Skrin 14 inci (1920x1080)


Klik untuk beli komputer riba ini - https://invol.co/cl4tf08

MSI Modern 14 (RM2349)




Sesuai dengan namanya, komputer riba ini menampilkan rekaan yang moden, nipis dan ringan. Walaupun nama MSI sangat sinonim dengan gaming tetapi siri ini adalah antara yang mampu milik dari mereka.

  • Ryzen 3 4300U

  • AMD Radeon Graphics

  • 8GB RAM (boleh naik taraf hingga 32GB)

  • Storan 256GB

  • Skrin 14 inci (1920x1080)


Klik untuk beli komputer riba ini - https://invol.co/cl4tffm

Huawei MateBook D15 (RM2499)




Mungkin telefon Huawei ramai yang tidak mahu menggunakannya kerana tiada sokongan GMS. Namun, komputer riba MateBook adalah berbaloi untuk dimiliki. Jangan risau, ia sama sahaja seperti jenama lain, masih menjalankan sistem operasi Windows dan sokongan Microsoft Office, Google dan sebagainya.

  • Intel Core i3-10110U

  • Intel UHD Graphics

  • 8GB RAM

  • Storan 256GB SSD

  • Skrin 15.6 inci (1920x1080)


Klik untuk beli komputer riba ini - https://invol.co/cl4tfoj

**Ini adalah harga semasa artikel ini ditulis. Disebabkan stok amat terhad, mungkin ketika anda membaca, ada beberapa produk yang sudah kehabisan stok.

 

Berkaitan