Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nitro 5 wide

Acer Nitro 5 Baharu Tiba Di Malaysia, Ini Adalah Harga Rasmi

Diterbitkan April 14, 2021 oleh Amsyar Latif

Acer Malaysia hari ini telah melancarkan siri Nitro 5 baharu yang telah diperkemaskini bagi spesifikasinya.

Komputer riba Acer Nitro 5 ini menawarkan cip pemprosesan daripada AMD sehingga Ryzen 9 5900 HX yang dipadankan kad grafik sehingga RTX 3080.

Selain itu, memori menyokong sehingga 32GB RAM dengan storan dalaman daripada M.2 SSD. Bagi memberikan pengalaman bermain game lebih baik, ia turut didatangkan WiFi 6 dan Killer Ethernet E2600.

Acer Nitro 5 1

Dari segi paparan, ia dilengkapi skrin 15.6 inci beresolusi QHD yang menyokong 165Hz. Namun, bagi yang mahukan kadar penyegaran 360Hz, terdapat juga paparan dengan resolusi FHD.

Tambahan lagi, Acer telah mempertingkatkan sistem penyejukan lebih baik pada Nitro 5 dan pengguna boleh mengawalnya menerusi Acer CoolBoost dan NitroSense.

nitro sense

Buat makluman, pra-tempah Acer Nitro 5 dengan kad grafik GTX 1650 bermula hari ini sehingga 16 April.

Sementara dengan kad grafik RTX 3060 adalah pada 27-29 April. Manakala Nitro 5 yang mempunyai RTX 3070 atau RTX 3080 pula bermula 10-12 Mei.

Nitro 5 Promo Wave 1_14th-16th Apr_shopee
Nitro 5 Promo Wave 1_15th-16th Apr_Laz
Nitro 5 Promo Wave 2_27th-29th Apr_shopee
Nitro 5 Promo Wave 3_10th-12th May

Berikut adalah harga rasmi yang ditawarkan di Malaysia:

  • Ryzen 5 + GTX1650 – RM3699
  • Ryzen 7 + GTX1650 – RM4199
  • Ryzen 7 + RTX3060 – RM4899
  • Ryzen 7 + RTX3070 (skrin 144Hz) – RM5799
  • Ryzen 7 + RTX3070 (skrin 165Hz) – RM6399
  • Ryzen 9 + RYX3080 – RM8999

Sumber: Siaran Akhbar Acer

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY