Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer laptop

Dua Laptop Gaming Baharu Acer Masuk Malaysia

Diterbitkan April 6, 2021 · Dikemas kini April 6, 2021 oleh Amsyar Latif

Bersempena permulaan Asia Pasifik Predator League 2020/2021, Acer hari ini mengumumkan kedatangan dua komputer riba gaming (laptop gaming) ke Malaysia, iaitu Predator Helios 300 dan Nitro 5.

Siri Predator amat sinonim dalam arena gaming kerana prestasi serta rekaan yang mampu menarik perhatian gamer.

Predator Helios 300 dikuasakan cip Intel Core i7-10870H yang dipadankan kad grafik Nvidia RTX3060.

Ia digandingkan pula dengan konfigurasi memori 8GB RAM tetapi boleh ditambah sehingga 32GB dan storan dalaman 512GB PCIe NVMe SSD serta tambahan slot HDD dan M.2.

Dua Laptop Gaming Baharu Acer Masuk Malaysia

Untuk paparan, ia dilengkapi skrin berukuran 15.6 inci IPS FHD dengan kadar penyegaran 240Hz. Turut ditawarkan sistem audio DTS:X Ultra dan simulasi 3D  bagi memberikan pengalaman lebih memukau.

Acer Nitro 5 pula, ia dijana cip Intel Gen-11 dan kad grafik GTX1650 serta sistem penyejukan yang dipertingkatkan.

RAM pula dimuatkan 8GB dan storan dalaman 512GB. Namun, slot storan M.2 dan memori sehingga 32GB turut diberikan.

Acer Nitro 5

Beralih kepada skrin, ia menggunakan paparan 15.6 inci IPS FHD dengan kadar penyegaran 144Hz.

Selain itu, Nitro 5 juga menampilkan aplikasi NitroSense yang mana memberikan pengguna untuk menyemak suhu, melaras kelajuan kipas dan lain-lain.

Harga Jualan

Kedua-dua komputer riba ini hadir dengan dua varian. Berikut adalah harga buat pasaran tempatan.

Acer Predator Helios 300:

  • Intel Core i7-10870H+RTX3060 – RM5999
  • Intel Core i5-10500H+RTX3060 – RM5299

Acer Nitro 5:

  • Intel Core i7-11370H+GTX1650 – RM4399
  • Intel Core i5-11300H+GTX1650 – RM3799

Selain itu, bagi setiap pembelian sebelum 30 Jun 2021, anda berpeluang memiliki kredit Touch n Go eWallet atau Boost bernilai RM100.

Tambahan lagi, Acer Malaysia turut menawarkan hadiah percuma yang bernilai RM638 untuk pembelian melalui kedai rasmi Acer di Shopee. Ia termasuk pemberian percuma McAfee Live Safe selama tiga tahun dan Acer Supercare 2.

Sumber: Siaran Akhbar Acer

 

 

 

 

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY