Acer telah memperkenalkan 4 siri Chromebook yang dikatakan dapat memenuhi cita rasa pengguna dan sangat sesuai untuk pekerja dan pelajar.
Acer Chromebook Spin 514 sesuai bagi pekerja yang sering berkongsi idea kerana ia mempunyai skrin IPS berukuran 14 inci yang boleh dibuka sehingga 360 darjah.
Acer Chromebook 515 pula sesuai digunakan untuk video persidangan kerana mempunyai saiz skrin sebesar 15.6 inci dilengkapi dengan audio DTS untuk memberi suara yang lebih jelas dan berkualiti.
Kedua-dua chromebook ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Intel Core i7 generasi ke-11, 2 lubang USB-C , pad sesentuh Corning Gorilla Glass dan WiFi 6.
Acer Chromebook 514 mempunyai rekaan yang nipis dan ringan yang membolehkan ia mudah dibawa ke mana-mana.
Dengan menggunakan CPU MediaTek Kompanio 828, jangka hayat sehingga 15 jam dan mampu mengecas sehingga 50% dalam masa 30 minit, ia mampu memberikan prestasi yang baik untuk penggunaan harian.
Acer Chromebook Spin 314 adalah satu-satunya peranti chromebook yang mempunyai ciri unik pad sesentuh OceanGlass yang diperbuat daripada bahan kitar semula.
Selain mempunyai skrin IPS bersaiz 14 inci FHD yang boleh dilipat, dikuasakan dengan cip pemprosesan terbaru dari Intel, ia turut disertakan dengan ciri WiFi 6, lubang port USB-C, HDMI dan slot MicroSD serta mempunyai ketahanan bateri sehingga 10 jam.
Siri Chromebook ini akan hadir di pasaran Eropah bermula dari bulan Oktober dengan harga bermula:
- Acer Chromebook Spin 514 – EUR 799 (~RM3852)
- Acer Chromebook 515 – EUR 499 (~RM2406)
- Acer Chromebook 514 – EUR 1,049 (~RM5058)
- Acer Chromebook Spin 314 – EUR 449 (~RM2165)
Sumber: Siaran Akhbar Acer
Baca juga:
- Apple Kata iOS Lagi Selamat Daripada Android
-
AMD RX 6600 Dilancar, Pesaing RTX 3060 Tapi Harga Lagi Murah
-
realme UI 3.0 Diumumkan, Ini Senarai Telefon Yang Menyokongnya