Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Predator Triton 17 X_Promo-2

Acer Lancar Predator Triton 17 X, ‘Laptop’ Berkuasa Tapi Nipis Berharga RM18,999

Diterbitkan Ogos 17, 2023 · Dikemas kini Ogos 17, 2023 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia hari ini melancarkan model terbaru bagi siri komputer riba Predator iaitu Predator Triton 17 X yang menggabungkan reka bentuk minimalis dengan komponen berprestasi tinggi.

Direka untuk pemain dan profesional, Predator Triton 17 X dilengkapi dengan cip Intel Core i9 Generasi Ke-13 dan kuasa grafik dari NVIDIA GeForce RTX 4090 dengan teknologi Max-Q.

Komputer riba berprestasi ini menampilkan gabungan 64 GB DDR5 RAM (5600Mhz) dan storan 4TB SSD dalam konfigurasi RAID 0.

Lebih penting lagi, ia hadir dalam reka bentuk kerangka yang senipis 19.9mm sahaja, sekaligus menjadikannya antara model komputer riba berprestasi ternipis yang ada ketika ini.

Predator Triton 17 X
Predator Triton 17 X dilengkapi paparan Mini-LED (AmLED) WQXGA 17-inci dengan kadar segar semula 250Hz serta kecerahan lebih dari 1,000 nits.

Predator Triton 17 X juga dilengkapi dengan ciri premium lain termasuklah papan kekunci RGB setiap kekunci, pengimbas cap jari dan pad sentuh kaca.

Intel® Killer™ E3100G+ Ethernet dan Intel® Killer™ Wi-Fi 6EAX1690i pula mendayakan lagi pengalaman sambungan lancar serta lengkap dengan rangkaian port komprehensif, menjadikan penyambungan pelbagai peranti dan aksesori menjadi mudah kepada pengguna.

Predator Triton 17 X_7
Predator Triton 17 X_6
Predator Triton 17 X_2

Predator Triton 17 X tersedia serta-merta dan eksklusif di Acer eStore dan Acer Concept Store di IOI City Mall, dijual pada harga RM18,999.

Acer sedang mengadakan promosi Acer Day di mana anda layak sertai jika anda membeli Predator Triton 17 X sebelum 31 Ogos 2023.

Anda juga dapat menebus kredit Touch ‘n Go eWallet bernilai RM250 dan penebusan kod Overwatch 2.

Malah anda juga berpeluang memenangi hadiah bulanan bernilai RM100,000, termasuk tiket ke Sydney untuk Intel Extreme Masters (IEM) bernilai USD4,000 (sepasang).

Predator Triton 17 X_Promo-2

Berkaitan

  • MSI Modern 14 - 'Laptop' Bajet Dengan 'Spec' Lama Tapi Masih Mantap
  • (Ulasan) ASUS ZenBook S 13 OLED UX5304 - 'Laptop' Premium 1 cm
  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000

Sumber: Siaran media Acer Malaysia

(Beli pelbagai produk Acer di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY