Acer Lancar Komputer Riba Dan Monitor Baharu Dalam Siri Vero

Acer Malaysia kini telah melancarkan pelbagai produk baharu seperti siri TravelMate, Veriton dan workstation Altos.

Selain barisan produk di atas, Acer turut melancarkan Acer Aspire Vero 14 dan monitor Vero CB1

Acer Aspire Vero




Seperti model terdahulu, Aspire Vero ini diperbuat daripada bahan yang telah dikitar semula dan mesra alam - bahan plastik PCR pada casisnya di paras 40% berbanding 30% dalam model terdahulu.



Acer Aspire Vero dikuasakan cip Intel Core i7 Gen 13, pilihan memori RAM 8GB atau 16GB, storan pantas SSD berkapasiti 512GB dan skrin IPS FHD berukuran 14 inci.

Komputer riba ini telah di prapasang dengan Microsoft Office 2021 Home dan Student Edition.

Monitor Vero CB1




Monitor Acer Vero CB1 menawarkan 3 variasi - CB241Y, CB271 dan CB271U dan diperbuat daripada 85% bahan plastik PCR dan 5% OBP.



Acer Vero CB1 mempunyai pilihan skrin panel LCD 24 dan 27 inci beresolusi WQHD yang menawarkan ketepatan warna 99% sRGB.

Sementara itu, monitor Acer Vero CB241Y dan CB271 mempunyai paparan 24 dan 27 inci panel IPS yang beresolusi FHD. Manakala monitor Acer Vero CB271U hadir dengan paparan IPS beresolusi WQHD pada saiz 27 inci.

Harga dan Ketersediaan


Acer Aspire Vero 14 dijual pada harga rasmi RM2,599 dan boleh dibeli di stor rasmi Acer melalui plaform Shopee dan Lazada.

Anda juga boleh trade-in peranti lama dan mendapat rebat hingga RM500 dengan membeli Acer Aspire Vero 14 ini.



Sementara itu, melalui platform yang sama, monitor Acer Vero CB241Y, CB271 dan CB271U dijual pada tanda harga RMRM749, RM879 dan RM1099 setiap satu.

Stor Rasmi Acer di Shopee - Klik Sini

Stor Rasmi Acer di Lazada - Klik Sini

Sumber: Siaran Akhbar Acer