eBeliaRahmah ialah bantuan yang diberikan pada warganegara Malaysia yang berumur 18-20 tahun dan para pelajar peringkat setara diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT.
Untuk maklumat terperinci, anda boleh baca artikel INI.
Anda pasti tertanya-tanya, kenapa 3 platform e-dompet terpilih kali ini sedikit berbeza daripada sebelum ini.
Dalam tahun 2022, ePemula pula melibatkan TNG eWallet, BigPay, ShopeePay dan Boost.
Pada tahun 2021, eBelia disalurkan melalui TNG eWallet, BigPay, ShopeePay dan GrabPay.
eBelia dijenamakan semula sebagai eBeliaRahmah yang akan diagihkan bulan Jun 2023 ini pula hadir dengan pendatang baharu iaitu Setel dan terhad untuk 3 platform saja berbanding 4 sebelumnya.
Kementerian Kewangan telah menjelaskan hal ini dengan berkata bahawa sebanyak 10 penyedia e-dompet telah dijemput namun setelah penilaian dan perbincangan, 3 penyedia telah dipilih kerana telah memberi komitmen dalam program ini.
Antara syarat lain yang ditentukan oleh kementerian termasuklah kemampuan memenuhi syarat teknikal program, perkongsian kos serta insentif e-tunai tambahan yang akan ditawarkan untuk dipadankan dengan kredit eBeliaRahmah yang diberikan oleh Kerajaan.
Tambah kementerian lagi, ketiga-tiga syarikat e-dompet ini secara keseluruhan mempunyai lebih 10 juta pengguna dan mempunyai jaringan lebih 2 juta peniaga di dalam dan di luar talian.
eBeliaRahmah
Platform mana pilihan korang sbg student?
— wiser.my (@officialwisermy) June 21, 2023
Melalui tinjauan kami, majoriti pelajar memilih untuk menebus melalui TNG eWallet dan ini sudah sememangnya dijangka.
TNG eWallet merupakan antara e-dompet terawal di Malaysia. Justeru, banyak pekedai sudah berdaftar sebelum tibanya e-dompet lain ke pasaran.
{suggest}
Setel bermula sebagai aplikasi khas untuk isian minyak di Petronas dan hanya baru-baru ini turut menyokong DuitNow peruncit. Jadi, para pelajar pastinya sudah biasa dengan TNG eWallet berbanding Setel dan Boost.
Sumber: Kementerian Kewangan