Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
acer predator monitor

Acer Lancar 2 Monitor ‘Gaming’ OLED Terbaru, Harga Dari RM3,999

Diterbitkan Oktober 2, 2023 oleh ariff bukhari

Sempena pusingan akhir tempatan Liga Predator Asia Pasifik 2024, Acer Malaysia memperkenalkan dua monitor gaming terbaru, Predator X27U dan Predator CG48.

Predator X27U adalah monitor OLED WQHD bersaiz 26.5 inci dengan kadar segar semula sehingga 240Hz dan masa tindak balas sepantas 0.03ms (G-to-G) dan 0.01ms dengan teknologi AMD Freesync Premium yang memberikan prestasi permainan yang lancar.

Skrin ini juga datang dengan suis KVM yang membolehkan para gamer bertukar antara peranti tanpa mengganti paparan, papan kekunci, dan tetikus. Manakala sambungan USB Type-C PD 90W mengurangkan bilangan wayar yang diperlukan dan meningkatkan kemudahan sambungan.

Acer Lancar 2 Monitor ‘Gaming’ OLED Terbaru, Harga Dari RM3,999

Manakala Predator CG48 pula adalah monitor gaming 4K OLED 48 inci dengan ciri kadar segar semula 138Hz. Sesuai untuk para gamer konsol, Predator CG48 ini menyokong sambungan HDMI 2.1 dan DisplayPort 1.4 untuk pengalaman gaming terbaik serta miliki 4 sambungan USB 3.2 dan satu port USB Type-C bagi menawarkan kemudahan untuk memasang pelbagai peranti tambahan.

Acer Lancar 2 Monitor ‘Gaming’ OLED Terbaru, Harga Dari RM3,999

Tersedia dengan segera di kedai konsep Acer di seluruh negara, paparan gaming Predator X27U akan dijual dengan harga RM3,999 dan Predator CG48 pula dijual dengan harga bermula dari RM 5,999.

Acer Lancar 2 Monitor ‘Gaming’ OLED Terbaru, Harga Dari RM3,999
Acer Lancar 2 Monitor ‘Gaming’ OLED Terbaru, Harga Dari RM3,999

Sumber: Siaran media Acer

Berkaitan

  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
  • Acer Day Kembali, Perkenal Komputer Riba Acer Swift Go 14 Edisi Khas
  • Acer Aspire S Series Dan Swift Edge 16 Dilancar, Harga Dari RM3,899

(Beli pelbagai produk terbaru Acer di stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY