Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Day Partner Posting_1

Acer Day Kembali, Perkenal Komputer Riba Acer Swift Go 14 Edisi Khas

Diterbitkan Ogos 2, 2023 · Dikemas kini Oktober 2, 2023 oleh ariff bukhari

Perayaan tahunan Acer Day kembali dengan pelbagai aktiviti dan promosi yang dinanti–nantikan para pengguna bermula 3 Ogos 2023.

Bersempena dengan itu, Acer Malaysia akan mempamerkan produk–produk inovatif dan terbaru seperti komputer riba Acer Swift Go 14 Edisi Khas.

Dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core H generasi ke–13, Acer Swift Go 14 Edisi Acer Day ini dilengkapi paparan OLED 14 inci serta tersedia dalam dua pilhan iaitu model Core i7 dan Core i5 dengan harga masing-masing RM4,599 dan RM3,899.

Ia juga akan disertakan bersama dengan lesen Microsoft Office Home and Student 2021 serta jaminan selama 2 tahun yang akan tersedia pada bulan Ogos 2023 ini.

Acer Swift Go 14 Special Edition_5
Acer Swift Go 14 Edisi Khas hanya seberat 1.25kg.

Acer Day akan bermula dengan Shopee Super Brand Day pada 3 Ogos 2023 dengan Shopee Live, jualan kilat dan pelbagai promosi.

Antara promosi yang dibuat di Shopee adalah anda berpeluang memenangi komputer riba Acer Swift Edge semasa Shopee Live Acer yang bermula pada jam 1pm dan Shopee Live Acerpure yang bermula pada jam 3pm.

Anda juga boleh mendapat diskaun sehingga RM1,430 untuk pelbagai produk di kedai–kedai Acer terpilih dan kedai flaghip serta kedai rasmi Acerpure pada hari yang sama serta baucar bernilai sehingga RM250 yang boleh langsung digunakan di saat pembayaran.

Selain promosi di Shopee, kedai–kedai Acer terpilih di Malaysia juga menawarkan diskaun sebanyak RM300 untuk varian Acer Swift Go 14 Edisi Khas serta RM400 untuk siri Predator Helios Neo 16.

Predator Helios Neo 16_1
Varian barun Helios Neo 16 dikuasakan oleh Intel Core i7 dan NVIDIA GeForce RTX 4060. Lengkap dengan RAM 16GB dan SSD 1TB, harga standard komputer riba ini adalah RM5,699.

Promosi sempena perayaan Acer Day berlangsung selama 2 bulan yang akan berakhir pada 30 September 2023. Untuk info lebih lanjut, lawati laman Facebook Acer Malaysia.

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • vivo Y78 5G Rasmi - Kamera 64MP OIS, Skrin OLED Lengkung Bawah RM1500
  • Huawei Beri Diskaun RM120 Untuk Pra-pesan 'HUAWEI WATCH FIT Special Edition'
  • Tiada Lagi FPX, Tambah Nilai TNG eWallet Kini Hanya Melalui DuitNow Transfer

Sumber: Siaran media Acer Malaysia

(Beli pelbagai barangan Acer dari stor rasmi Shopee Mall Acer Malaysia dan LazMall Acer Storage.)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY