Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Swift Edge 16_Promo PR Banner_2

Acer Aspire S Series Dan Swift Edge 16 Dilancar, Harga Dari RM3,899

Diterbitkan September 11, 2023 · Dikemas kini September 11, 2023 oleh ariff bukhari

Acer Malaysia mengumumkan kedatangan model terbaru komputer riba, Acer Swift Edge 16 dan komputer meja semua dalam satu (AIO) Siri Aspire S.

Acer Swift Edge 16 adalah komputer riba ultra nipis, ultra ringan senipis 12.95mm dan hanya seberat 1.17 kg sahaja.

Acer Swift Edge 16 tersedia dalam dua varian iaitu dikuasakan oleh cip pemproses AMD Ryzen 7 7735U atau AMD Ryzen 5 7535U dan dimuatkan dengan RAM LPDDR5 16GB dan storan SSD PCIe Gen 4 512GB hingga 1TB.

Acer Swift Edge_9
Acer Swift Edge baharu dilengkapi dengan skrin OLED 16 inci 3.2K dengan kadar segar semula 120Hz, kadar kecerahan sehingga 500 nits dan pengesahan VESA DisplayHDR™ True Black 500.

Acer Swift Edge 16 baharu ditawarkan dengan harga bermula dari RM3,999. Malah untuk pelanggan terawal yang membeli Acer Swift Edge 16 sebelum 30 September 2023, anda layak menebus hadiah-hadiah yang bernilai hingga RM948, termasuk tetikus tanpa wayar Porsche, beg galas Austin, dan kredit eWallet Touch ‘n Go.

Pelanggan-pelanggan juga berpeluang untuk memenangi hadiah bulan Acer Day dari kumpulan hadiah yang bernilai hingga RM100,000 melalui www.a-redemption.com.

Swift Edge 16_Promo PR Banner_2

Untuk komputer meja Semua-Dalam-Satu (AIO) Siri Acer Aspire S pula, ia turut tersedia dalam dua varian iaitu versi 31.5 inci dengan cip pemproses Intel Core i7 generasi ke-13 dan model 27 inci yang dikuasakan oleh cip pemproses Intel Core i5 Gen-12.

Siri Acer Aspire S ditawar pilihan RAM DDR5 8GB dan 16GB serta storan SSD PCIe Gen 4 512GB dan 1TB.

Acer Aspire S27_9
Siri Acer Aspire S panel WQHD (2560×1440) yang nipis dan terbina dengan sistem bunyi sekeliling DTS.
Acer Aspire S32_8

Manakala komputer meja Semua-Dalam-Satu (AIO) Siri Acer Aspire S pula dijual dengan harga bermula dari RM3,899.

Sempena kempen Acer Day, pelanggan-pelanggan yang membeli komputer desktop AIO Acer SiriAspire S sebelum 30 September 2023 akan layak menebus kredit eWallet Touch ‘n Go bernilai sehingga RM250.

Acer Aspire S32_PR-Banner

Berkaitan

  • (Ulasan) Acer Swift Go 14 - Laptop Dikuasa AMD Harga Bawah RM4,000
  • ASUS Vivobook S 15 OLED BAPE Edition - Bila Pakai, 'Confirm' Orang Tanya "Laptop Apa Ni Bro"
  • (Ulasan) Lenovo LOQ 15IRH8 - 'Laptop Gaming' Tak Perlu Pecah Tabung

Sumber: Siaran media Acer

(Beli pelbagai produk Acer dari stor rasmi di Shopee dan Lazada)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY