Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Acer Lancar 2 Model Chromebook Terbaru, Saiz 15″ Dan 14″ Mampu Milik

Acer Lancar 2 Model Chromebook Terbaru, Saiz 15″ Dan 14″ Mampu Milik

Diterbitkan Oktober 3, 2023 · Dikemas kini Oktober 3, 2023 oleh ariff bukhari

Acer melancarkan komputer riba Chromebook Plus pertamanya, Acer Chromebook Plus 515 dan Acer Chromebook Plus 514 yang menawarkan tahap baharu prestasi Chromebook dengan inisiatif Chromebook Plus Google.

 Acer Chromebook Plus 515 dan Acer Chromebook Plus 514 paparan IPS, RAM LPDDR5X 8GB hingga 16GB yang dipadankan dengan pilihan storan SSD responsif sehingga 256 GB untuk Acer Chromebook Plus 14-inci dan sehingga 512 GB untuk versi 15-inci.

Acer Lancar 2 Model Chromebook Terbaru, Saiz 15″ Dan 14″ Mampu Milik
Kedua-dua model baharu ini juga dilengkapi dengan Wi-Fi 6E pantas, Bluetooth 5.1 dan pelbagai port untuk pengecasan, pemindahan data dan sambungan paparan termasuk dwi port USB-C dan HDMI dan tersedia dalam ChromeOS.

Hadir dengan reka bentuk perkakasan yang lebih baik, Acer Chromebook Plus 515 dikuasakan oleh pemproses Intel Core Generasi Ke-13 dan Ke-12 (sehingga model Core i7) dan keupayaaan bateri beroperasi sehingga 10 jam penggunaan.

Manakala model Chromebook Plus 514 pula dikuasakan oleh siri C AMD Ryzen 5 7520 yang turut menggabungkan sehingga empat teras CPU “Zen 2” berprestasi tinggi dengan grafik bersepadu AMD RDNA 2.

Acer Chromebook Plus 515 (CB515-2H/T) dan Acer Chromebook Plus 514 (CB514-3H/T) akan mula tersedia di Amerika Utara pada bulan Oktober ini dengan harga jualan masing-masing bermula dari USD399.99 (~RM1,900).

Berkaitan

  • Ikuti Tips Ini Untuk Beli ‘Laptop’ Mampu Milik Tapi “Spec Masih Mengancam”
  • (Ulasan) Xiaomi 13T Pro - Dengan Harganya, Ini Pun Dah Cukup
  • Apple Sahkan Isu Kepanasan Melampau iPhone 15 Pro, Bingkai Titanium Bukan Punca

Sumber: Siaran media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
©2026 WISER.MY