Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Acer Kembali, Lancar Dua Tablet Baharu Pada Harga Bermula RM699

Posted on Ogos 28, 2024

Acer kini kembali dalam pasaran tablet dengan mengumumkan kedatangan dua tablet baharu untuk pasaran Malaysia, iaitu Iconia Tab P11 dan Iconia Tab A8 yang berharga mampu milik dan sesuai untuk kegunaan pembelajaran.

Acer Iconia Tab P11 

Iconia Tab P11 dilengkapkan dengan paparan QLED 2K 11 inci yang menyokong kadar segar semula sehingga 90Hz, digabung dengan gamut warna 100% NTSC untuk menyediakan pengalaman tontonan yang terang. 

 

Dengan berat 550g dan ukuran senipis 8.1mm, reka bentuk mudah alih ini tidak dijejaskan oleh paparan yang besar. Menggunakan rangka aluminium, Iconia Tab P11 dikuasakan cip pemproses lapan teras digabung dengan RAM 8GB dan storan 256GB yang boleh diluaskan melalui microSD sehingga 512GB.

Turut dimuatkan bateri 8,000mAh yang membolehkan permainan ulang video sepanjang 13 jam dan dicas dengan pengecasan pantas.

Selain itu, kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 13MP, Acer Iconia Tab P11 akan tersedia mulai 1 September 2024 di e-Kedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada, dan penjual rasmi Acer di seluruh negara. Ia dijual dengan harga rasmi RM1,099.

Acer Iconia Tab A8

Sementara itu, Acer Iconia Tab A8 dilengkapi paparan 8.7 inci dengan reka bentuk yang juga diperbuat daripada aluminium,  Iconia Tab A8 turut didatangkan dengan bingkai yang nipis untuk menyediakan tablet senipis 8mm dan seringan 400g kepada para pengguna. Namun, hanya dengan menampilkan kapasiti bateri sebesar 6,000mAh. 

Tablet ini dikuasakan cip pemproses lapan teras dengan memori RAM LPDDR4 4 GB, serta storan dalaman 128 GB dan ruang microSD untuk penyimpanan tambahan.

Acer Iconia Tab A8 juga menawarkan kamera hadapan 5MP dan kamera belakang 8MP.

Tersedia mulai 1 September 2024 di e-Kedai Acer, kedai rasmi Acer di dalam Shopee dan Lazada dan penjual rasmi Acer di seluruh negara, Acer Iconia Tab A8 dijual dengan harga rasmi RM699.

Untuk menyambut kedatangan semula Acer Malaysia dalam pasaran tablet, para pelanggan boleh menikmati harga potongan istimewa sebanyak RM999 dan RM499 untuk Acer Iconia Tab P11 dan A8, bermula 1 September sehingga 14 September 2024.

Sepanjang tempoh promosi ini, para pelanggan akan menerima selongsong perangkat secara percuma dengan setiap pembelian salah satu tablet.

Beli produk Acer di:

Shoppe : https://invl.io/clldsuj

Lazada : https://invol.co/clldsun

{suggest}

Sumber : Siaran Media Acer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress