Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Acara Samsung Galaxy Unpacked Bakal Diadakan Dalam Metaverse

Posted on Februari 9, 2022Februari 9, 2022

Tinggal beberapa jam sahaja lagi sebelum acara yang dinanti-nantikan bakal berlangsung, iaitu pelancaran pertanti terbaharu Samsung menerusi Galaxy Unpacked.

Seiring dengan peredaran zaman, Samsung kali ini tampil dengan keunikan sendiri di mana acara pelancaran tersebut akan diadakan dalam alam meta (metaverse).

Berdasarkan laporan, Samsung menggunakan lokasi baharu yang dicipta di Decentraland yang mana pengunjung boleh menikmati pengalaman baharu di tempat tersebut.

Malah, mereka yang berkunjung juga ada pilihan untuk menghubungkan akaun dompet kripto mereka jika mahu kerana mungkin Samsung akan memberikan hadiah atau pembelian NFT.

Bagi yang tidak tahu, Decentraland ini merupakan sebuah dunia maya yang boleh diakses melalui pelayar web. Anda juga boleh mencipta watak dan mengawalnya menggunakan papan kekunci serta tetikus.

Namun begitu, bagi yang tak berminat dengan metaverse, anda boleh menontonnya di laman rasmi Samsung pada jam 12 tengah malam ini.

Sumber: sammobile

Foto utama: sammobile

Baca juga:

  • Harga Samsung Galaxy S22 Ultra Mungkin Mencapai Sehingga RM6399 Di Malaysia – Guna Cip Snapdragon 8 Gen 1

  • Peranti Terbaharu Samsung Akan Ada Kemas Kini Android Selama 4 Tahun

  • Siri Samsung Galaxy S22 Akan Diperbuat Dari Jala Ikan Yang Dikitar Semula

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress